Monday, November 1, 2010

laksa & kek

jemput makan!!
laksa ni masak semalam atas permintaan adik
mula tu malas dah nak masak pasal nanti raya haji nak masak lagi kat KL
tapi dah adik nak makan sangat, so kenalah masak jugak
sambil tu boleh la Umi tumpang sekali makan!!
tak buat banyak pun, sekilo ikan aje
sebelum menghadap pc nie
dah semangkuk habis saya makan
adik pulak 2 mangkuk
dah 3 hari dia tak pergi sekolah, demam + batuk + selsema
sebenarnya hari ini dia dah sihat sikit, dah boleh pergi sekolah
tapi nak kejutkan dia pagi tadi punyalah seksa
dia tak buka mata langsung
mungkin mengantuk sangat kesan ubat semalam
so hari ini Umi bagi rehat satu hari lagi
esok kena pergi sekolah, tak ada alasan apa2 lagi ok!
rasa laksa kali kurang sikit
pasal tak letak "Pak Haji"
kat rumah dah habis stok, nak keluar beli semalam malas pulak
pasal kat sini dah start musim tengkujuh
tiap2 hari hujan
iyalah, dah masuk bulan 11 pun
kejapkan masa berjalan
lagi sebulan dah nak masuk tahun 2011
dah makin tua!!
sejak buat kek hari tu, semangat nak buat kek lagi berkobar2 aje
hari ni nak buat kek lagi
tapi tak tahu nak buat kek apa
nak kena jalan2 kat blog orang untuk cari resepi
tapi kena minta izin dulula kan??
jom kita buat kek!!

No comments: