Tuesday, November 23, 2010

laju punya pasal






Petang hari Jumaat lepas, saya ajak Kakak pergi One Utama, saya nak cari baju costume adik untuk fancy dress sekolah dia pada 28hb nie. Kakak pulak kebetulan memang nak pergi cari kasut untuk konvo dia 20hb tu. So kami pun pergi la One Utama cari barang yang kami nak. Tapi satu pun barang yang kami nak tak ada. Kasut yang kakak berkenan satu pun tak ada saiz. Yang saya pulak, jenuh mencari satu One Utama tu cari baju costume tapi tak ada. Untuk yang bawah umur 2 tahun banyak. Tapi untuk saiz adik satu pun tak ada. Last sekali suami yang dapat beli kasut. Dia yang tak plan tapi dia yang dapat beli. He..he..
On the way balik rumah Maksu tu, saya ngan kakak rancak bersembang kat belakang, tapi dalam pada tu memang perasan Abang Lee bawa laju sangat. Tak sempat kakak nak tegur Abang Lee, tiba2 bunyi "PONG" kuat sangat2 - Abang Lee termasuk lubang yang agak dalam. saya & kakak dah panik. Kami ingatkan tayar dah pecah. Bila stop kat tepi jalan tu, tengok tayar ok aje tapi sport rim dalam tu dah bengkok. Bila kami stop tu ada 2 orang lelaki datang, rupanya mereka pun alami masalah yang sama tetapi keadaan kereta mereka lagi teruk. 2 tayar ngan sport rim hancur habis. Lubang tu mungkin dalam sangat & ada benda tajam dalam tu.
Kakak dah bebel2 dah kat Abang Lee - mujur tayar tak pecah. Bila dah tukar tayar & sport rim spare, baru la kami balik ke rumah MakSu. Abang Lee pun dah serik, bawa pelan2 aje.

2 comments:

bidadarindu said...

mungkin boleh share kat sini lokasi kejadian berlaku,moga2 org lain x masuk lubang yang sama...

p/s : abg li sebenarnya x tahan 2 beradik tu dok pok pek pok pek kat belakang,cepat samapai dia x yah dengar lagi...tapi ternyata (cewah ternyata...ayat2 kaz nie)dia silap...kak min lagi pok pek pok pek lepas tu..he he he...

Hafidzin said...

Tempat kejadian tu dari One Utama ke umah Maksu - dekat2 ngan Shell. Maklumat lanjut boleh terus tanya Abang Lee.