Thursday, November 25, 2010

kawan@ jiran lama

Masa tengah siap2 nak ke KL minggu lepas, dapat cal dari jiran lama Mira. Dia ada di Kemaman, kebetulan kat area Taman Geliga jugak. Time tu saya tengah nak masukkan beg dalam kereta. Rasanya dalam pukul 4 petang. Dia tanya boleh tak nak singgah rumah kejap pasal lama tak jumpa. Dah bertahun2!! Saya pun ajak la dia datang tetapi tak boleh nak lama2 pasal janji ngan suami nak ambil dia pukul 5 kat ofis. Mira pulak dalam perjalanan nak balik Kelantan tapi singgah jap Kemaman kerana dia ada hal.

Saya memang rasa ralat sangat pasal tak boleh nak ajak dia sembang lama2. Saya memang dah nak keluar rumah lepas letak beg dalam kereta. Cakap ngan dia kalau datang sehari sebelum kan best! Boleh sembang panjang2. Mira duduk di Kajang sekarang nie. Nanti bila Kakak dah pindah Semenyih dah dekat la ngan umah Mira. Boleh la jumpa setiap kali turun ke KL.

Mira merupakan antara jiran saya yang terbaik!! Lepas dia pindah, saya rasa tak seronok sangat. Memang sedih betul. Kami berjiran masa tinggal di Taman Panalex, Kerteh. Waktu tu anak dia dah 4, saya pulak baru aje bersalinkan Awatif. Umur kami sama. Dia banyak tolong saya. Rindu sangat time tu!!



No comments: