Thursday, November 25, 2010

alih perabot

Habis lenguh & sakit satu badan. Puncanya :-

Sebelum



Selepas




Dah lama nak ubah perabot2 nie tapi tak tahu macamana nak ubah. Memang bosan & jemu tengok asyik2 di tempat yang sama aje. Kedudukan ini yang paling lama bertahan - 3 tahun lebih tak alih2 tempat. Masa menyewa rumah dulu, paling kerap 2 minggu sekali perabot bertukar tempat.

Suami bising2 tadi kenapa yang rajin sangat - hari ini saya memang rasa malas sangat tetapi bila petang tu tiba2 aje rasa jemu sangat ngan kedudukan yang sedia ada. Bak kata orang Utara - dah cemuih!! Jadi dalam pukul 4 petang tadi start la projek saya bersama ngan Awatif.

Pening gak kepala nak mikir macamana nak ubah - lepas dah puas hitung sana, hitung sini, inilah hasilnya. Bila dah ubah macam gitu, ada banyak ruang kosong pulak saya tengok. Mulalah idea nak perabis duit menjelma dalam kepala nie he..he..

Baru2 ni saya ada terbaca dalam blog mengenai hiasan patung2 nie. Hukumnya haram. Kalau dah temanya hiasan English memang tak sah kalau tak ada patung2 nie. Tapi saya tak akan membelakangkan agama semata2 nak tetapkan juga hiasan English tu. Maka hari ini saya akan simpan semua patung2 itik, burung, arnab & chef dalam kotak. Rasanya kalau hiaskan kat luar rumah boleh tak?

Bila dah simpan semua patung2 tu, ruang2 tu menjadi kosong & hambar. Saya pulak jadi tak seronok aje. Terus rasa tak ada mood. Bila rumah cantik baru la kita rasa bersemangat kan?? Jadi saya rasa inilah masa yang sesuai untuk saya berkunjung ke KKK dan Romantika. Tak sabarnya nak ke KL minggu depan!! Bila nak membeli nanti tak la rasa bersalah sangat pasal memang nak kena beli something untuk penuhkan ruang yang kosong tu @ untuk gantikan dengan hiasan patung2 yang disimpan. He..he.. Bijak tak saya dalam memperabiskan duit suami???

2 comments:

Kazrina said...

Cantiknya rumah Fizin, pandang dari sudut mana pun cantik dan sedap dipandang. Memang haram letak semua patung tu Fizin, hari tu ina dah nak cakap tapi takut Fizin terasa pula.Apapun, taste Fizin mmg hebat dlm mengemas dan menghias rumah ni.

Hafidzin said...

Ada banyak percanggahan pendapat sebelum ni pasal hiasan patung tapi baru2 ni aje yang fizin yakin memang haram hukumnya setelah baca satu blog tu.

Terima kasih Ina. Dah tak buat apa2 - dok umah aje, mengemas & menghias umah je lah yang fizin tahu pun!! Tapi tak la pandai sangat..