Saturday, November 6, 2010

chef yang hebat

Projek kek terpaksa tergendala sebentar kerana :-

1) Chef yang "hebat" (he..he..) ini tak sihat - pening kepala sejak 4-5 hari ini. Lepas makan ubat rasa ok tapi lepas 5-6 jam, pening balik. Mungkin keadaan cuaca yang tak menentu sekarang. Pagi panas terik tapi petang aje hujan selebat-lebatnya. Selain tu saya tak boleh nak menghadap PC lama2 - paling kurang pun 10 minit aje, lebih pada tu kepala dah rasa pusing2. Itu yang lama tak update blog. Sekarang Alhamdulilah, dah ok sikit.

2) Ada "sesuatu" untuk membuat kek sudah uzur - tengah mencari2 yang baru dan sesuai untuk Chef yang "hebat" ini. Yang paling penting kena cari harga yang bersesuaian dengan budget. Tadi pergi Kerteh mencari "sesuatu" tu tapi tak ada yang berkenan. Esok akan teruskan pencarian lagi. Punca "sesuatu" itulah yang membuatkan 2 biji kek kapas saya dibuang ke tong sampah semalam (sendiri yang tak pandai tak nak mengaku he..he..). Nak upload gambar kek tak jadi tu tapi tak boleh pulak.

Koleksi resepi kek saya dah bertambah dari sehari ke sehari. Dah boleh buat buku lah! Macam2 ada - rasa macam semua nak cuba. Seronok kalau menjengah ke blog masakan - boleh ralit sampai 2-3 jam. Alangkah indahnya (ayat2 skema - sebelum Bidadarindu sebut dulu) kalau kek yang saya buat secantik yang dalam blog tu!! Resepi yang saya gunakan sama & ikut 100% tetapi hasilnya amat berbeza. Tak apa, saya tak akan putus asa - akan cuba & cuba lagi!!

p/s :- dalam 3-4 hari ni dah angan2 nak dapat anak buah baru sampai termimpi-mimpi tetapi tak ada rezeki la pulak. Ada seseorang tu bukan main frust pasal dah plan nak letak nama apa dah he..he..Mungkinkah ada Robin Junior? Oh!! tidak!!!! he..he..

2 comments:

Kazrina said...

Dah sihat ke Fizin? Itulah ina heran kenapa lama fizin tak update blog.
Takpa Fizin, tak jadi dpt anak buah baru, dpt anak sendiri baru pun boleh juga kan?

Hafidzin said...

Sekarang dah ok sikit Ina. Kalau pening pun kejap aje, lepas makan ubat dah ok.
Pasal anak buah baru tu he..he.. tak ada rezeki. Tang anak sendiri tu InsyaAllah!! Teringin memang teringin sangat tetapi bila fikir bab nak masuk bilik bedah tu - adoi!! ketaq satu badan!!