Monday, November 29, 2010

cerita hari graduation adik


Dah selesai pun graduation adik. Memang lega sangat2. Walaupun adik belum lagi boleh membaca tetapi saya & suami tak akan berputus asa untuk dia. Masa Uncle Chin (Pengetua) bagi ucapan - ada dia menyebut jangan sesekali berputus asa pada anak. Tak semestinya budak yang lambat membaca nie tak boleh maju dalam pelajaran. Mengambil contoh dari salah satu bekas pelajarnya yang umur 8 tahun baru boleh membaca dan kini dia antara salah seorang best student dalam SPM di Terengganu.

Mendengar tu agak kurang sikit bebanan di hati saya & suami. Kalau sebelum nie memang kami risau sangat2. Saya rasa adik bukan tak boleh tapi dia tak nak. Kalau betul2 dia minat, saya rasa dia boleh!! Dalam banyak2 nasihat Uncle Chin, satu nie yang paling saya tertarik. Kalau Mama tengah masak kat dapur, tiba2 anak tanya "macamana nak eja nie Mama" - Please semua Mama2, stop your work, stop masak, tutup api dapur, terus layan anak2, terus ajar anak2. Untuk Papa, kalau Papa sedang basuh kereta, tiba2 anak tanya "apa perkataan ni Papa" so please Papa2, tutup air, stop kerja, terus layan anak2 & ajar anak2!!..Memang terasa di hati pasal kalau saya tengah buat kerja, anak kacau tanya itu & ini, memang nak "kena"!! he..he.. So lepas ni kena lah berubah kan?? Demi anak2 tersayang banyak yang kita sebagai ibu bapa kena korbankan!! Mengambil contoh dari family suami saya - Mak cik suami yang bertahun tak tengok tv langsung semata2 nak menemani anak2 study. Hasilnya sekarang anak2nya berjaya dalam pelajaran. Salah seorangnya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Sanggupkah saya melakukan pengorbanan sebegitu rupa? Sanggupkah saya melupakan drama2 Korea? Saya rasa mungkin bila Awatif nak menghadapi UPSR saya akan bersedia melupakan tv buat sementara!!

Berbalik pada hari graduation adik semalam, memang meriah sangat!. Sebelum adik naik pentas untuk menari ke, menyanyi ke, untuk fancy dress ke, saya dah ketaq! Betul!! Masa nak siapkan adik jadi ayam tu menggigil tangan. Tak tahu sebab apa. Last year pun macam tu jugak. Umi yang lebih dari anak!! Masa dia menari kat atas pentas tu tiba2 aje saya nangis. Kelakar tapi tak tahu kenapa air mata tiba2 nak keluar.

Costume ayam tu saya sewa seminggu rm50. Minta tolong kawan sewakan. Liza - anaknya pakai costume kuda tu. Yang Pooh Bear tu beli di Mid Valley. Bila dah beli baru perasan baju tu kecil sikit. So sesiapa yang nak beli Pooh Bear tu boleh bagitahu saya ya!! he..he..

p/s:- graduation adik tu di adakan di Awana Kijal, Kerteh. Bermula dari pukul 1 petang sampai pukul 5.30 petang.

No comments: