Monday, November 8, 2010

biskut cornflakes

Suami dah check tadi kenapa tak boleh nak upload gambar dan keputusannya memang nak kena hantar CPU nie kat kedai. Suami cakap mungkin wayar2 dalam tu dah rosak kena kilat masa kali kedua kena tu. Masa repair haritu cuma tukar box ntah apa namanya. Yang lain2 tu tak check pun. So dalam seminggu ni cerita saya akan sepi tanpa gambar2 he..he.. Tapi betul la, bila cerita tanpa ada gambar rasa macam ada something aje. Macam tak ada bukti nak kukuhkan cerita saya kan??

Petang tadi saya buat Biskut Cornflakes. Alhamdulilah, kiranya jadi la jugak. Hasil kerja keras kami anak beranak - saya & Awatif. Adik tu tak ambil pot langsung cuma kejap2 dia masuk dapur tengok. Dah nama pun anak lelaki kan?? Tadi nak suruh dia tolong snapkan gambar saya & Awatif masa buat biskut tu - bukan main susah!!

Sekarang nie musim hujan. Yang bestnya time hujan nie pasal rasa sejuk aje. Bila siang2 tak payah nak on aircond dah. Jimat elektrik tu!! Dan yang tak bestnya pulak - ha! ni ada banyak list nie, antaranya :-
1) Bila dah hujan, time nak mandi pun sejuk la! Saya nie pulak jenis malas mandi - water heater pun tak panas sangat kalau musim hujan nie..
2) Malas nak keluar pergi mana2 - kalau nak keluar makan pun malas, rela makan maggie!!
3) Takut nak drive kereta terutamanya bila nak hantar/jemput anak2 sekolah.
4) Baju2 tak kering walaupun 3-4 hari sidai kat luar.
5) Tak banyak pilihan ikan2 kat pasar - nelayan tak turun ke laut.

p/s:- semoga Abang Eky cepat sembuh!! lain kali bawa motor lebih hati2 terutamanya musim hujan sekarang. semua saudara dah pergi melawat dia, kami yang jauh nie ajelah yang belum, salah satu sebab yang buat kami tak sabar2 nak pindah KL. dapat ke tidak suami transfer bulan 4 nie??? tolong doakan ya!!

2 comments:

bidadarindu said...

pandai la engineer petronas tu kata pasal wayar kat dlm sbb x leh upload gmbr..klu wayar la punya pasal,jgn kata gmbr,apa pun x leh nak buat...he he he..jwpnya senang aje...beli ajer yang baru...he he he

Hafidzin said...

nak beli yang baru kena tunggu harga belacan naik dulu!!