Monday, November 22, 2010

besday ibu











Mula2 nak tempah kek jugak untuk sambut besday ibu tetapi banyak sangat la pulak kek pada hari tu. Takut tak habis pulak. Kek yang saya buat dah 6 biji campur ngan kek Aisy & Robin dah jadi 7 biji. Jadi saya tukar plan nak order cup cakes tapi macam sama la jugak macam kek. Last2 tempah coklat kat Atiqah. Dia ni masih study lagi kat UITM Dungun. Tahu pasal Atiqah ni dari blog Sepet. Senang sangat nak berurusan dari dia - belum bank in duit dia dah siap pos. Bila2 boleh order lagi dari dia.

Sebenarnya saya order coklat tu rahsia2 dari ibu. Masa sampai tu jenuh jugak nak sorok2 dari ibu. Konon2 nya nak buat suprise la. Walaupun lewat sebulan, kira ok la jugak kan?? Mujur ibu tak tahu sampailah hari raya haji tu. Tunjuk kat ibu masa anak2 nak bergambar ngan kek. Memang ibu terkejut pun he...he...Kiranya menjadi jugak la suprise kami tu. Hadiah kami 2 beradik untuk tahun ni - telekung Siti Khadijah. Ibu belum pun tempah lagi telekung tu pasal tak ada masa nak pergi kedai tu.

No comments: