Thursday, October 7, 2010

usahawan Premium Beautiful

2-3 hari lepas terima sms dari Nor, jiran sebelah - jemput datang umah dia hari ini, kawan dia nak buat demo produk kesihatan. So pagi tadi saya pun pergi lah - produk dari Hai-O Marketing yang mana produk utamanya ialah Premium Beautiful & BioAura (penapis air). Set Beutiful tu saya dah ada - beli lepas bersalinkan adik. Masa tu saya beli dalam rm2400. Memang semangat berkobar2 time tu - sanggup tu bayar mahal, kiranya itu hadiah lepas bersalinkan adik. Ibu time tu punya bising la pasal ibu suruh beli emas. Saya beli tak cakap pun kat ibu, lepas dah 2-3 bulan baru bagitahu he..he..

Pasal saya ni jenis hangat2 tahi ayam - berkobar2 tu mula2 aje pastu jadi malas. Saya pakai secara berterusan tak sampai sebulan. Pastu simpan aje dalam almari. Kalau nak pakai baju yang ala2 ketat sikit baru la punggah almari cari beautiful nie. Kalau tak terperuk aje la kat situ.

Tapi sekarang nie semangat saya berkobar2 balik - tengah berapi-api nie setelah mendengar kata2 Kak Safiah tadi. Sepertimana kata suami dia, perempuan kalau tak beli beautiful nie memang rugi. Antara sebab utamanya, memakai beautiful boleh mencegah cancer yang mana pembunuh utama wanita Malaysia sekarang. Percaya tak? Saya nak bertekad nie - nak pakai selama 8 jam sehari - nak tengok samada perut saya nie boleh kempis tak? Nak tengok tak? Kalau saya boleh kurus, sapa nak beli beautiful? Saya telah menjadi ahli dengan rasminya tadi so siapa2 yang nak beli set beautiful ni boleh la bagitahu saya. Konon-kononnya nak jadi usahawan la...he..he..

bersama ngan Kak Safiah - dia selalu keluar TV - dalam WHI & iklan penapis air Bio Aura tu. Yang iklan Azizah Ariffin minum air Bio Aura tu di buat kat rumah Kak Safiah nie. Dulu dia cikgu tapi berhenti 9 tahun yang lepas untuk buat bisnes nie. Suami dia dulu pensyarah UM - pun berhenti jugak buat bisnes nie. 15hb depa nak p Switzerland bercuti.

tuan rumah Nor yang pakai tudung biru - jamu nasi dagang tadi - sedap!! makan sikit aje tadi pasal kan tengah diet nie? dengan bangganya nak bagitahu berat badan sekarang 49kg tetapi perut masih maintain "buncit" he..he..

antara tetamu yang hadir - time nie dah ada yang dah balik

p/s : kaksayang nak buat demo kat Qilah nanti - Qilah beli kat kaksayang tau...Gerenti Qilah slim lepas pakai nie - tentu si Wandi tak berkelip mata tengok he..he..

5 comments:

kazrina said...

Alhamdulillah, ina support usaha fizin tu. Dari dulu kawan ina pujuk ina beli tp ina tak berminat sbb ina tahu diri ina ni mmg malas nak 'renyah2'. kalau beli pun sekadar buat hiasan dlm almari je lah.Bestnya fizin dah semakin kurus, ina ni semakin tembam sbb semakin byk ina stress, semakin byk ina makan.

rositahmdzain said...

Yang, usahawan premium beautiful tu badan dia x beautiful pun.Kalo mcm syg uda yakin org akan beli. Tapi dia dah kaya kan sebab tu x kisah.

bidadarindu said...

dah buih2 cinta la pulak....kalau betul2 sayang, si mok tu macam mak uda abah pun tetap kena sayang gak..nak ngan x nak jek..

jangan masa wangi je sayang,masa busuk x sayang..jangan masa sihat je sayang masa sakit x sayang,jangan masa senang dan banyak duit je sayang,masa susah pun kena sayang gak...ada orang tu dari kecik sampai la besar dan tua,dari kurus sampai la gemuk orang tetap panggil dia sayang gak...he he he

p/s: sangat sibuk la skrg nie..x smpt nak komen n update blog...he he...

Hafidzin said...

Ina, fizin timbang berat 49kg tapi kalau tengok ukuran badan tak berubah pun. Cuba Ina tengok gambar2 fizin tu, nampak gemuk cam tu jugak padahal berat badan dah turun. Rasanya dalam 2-3 hari ini badan akan naik balik pasal open house dok menanti aje nie he..he..Esok aje ada 3 tempat. Habis macamana??
Bab bisnes ni rasanya hangat2 tahi ayam aje, memang tak boleh berniaga fizin nie - tak pandai cakap satu, tak ramai kawan pun iya jugak. Setakat pakai sendiri boleh la.

Hafidzin said...

Uda - dia kata dia malas nak pakai betul2 tapi kiranya dia kurus berbanding dulu. Janji shape ada - pinggang nampak..Memang kaya Uda.

Bidadarindu - dah nama pun blog jiwang, ayat2 pun mesti la kena puitis. Betul tu, kalau hati dah berubah buat macamana tak akan boleh. Tak payah dok sebut la soal hati ke apa, dah ada pompuan lain tu cakap aje la. Perasaan sayang tu boleh dipupuk pelan2 janji hati ikhlas,tapi kalau dah dalam hati dah ada orang lain macamana?? Kita tengok la kesudahannya nanti - ingat boleh bahagia ke dengan membuat orang lain derita? Kalau dia baca blog nie...hai!! macam2 nak kata....tengah mendidih nie.......memang kita tak boleh masuk campur hal peribadi depa tetapi dah jadi depan mata. Bukannya orang lain pun!! La!! awat melalut sangat nie he..he..Sabar2!! Bila nak update pasal open house tu? Sibuk sangat ke?