Sunday, October 10, 2010

tengok wayang & makan2

Hari Sabtu adalah hari yang sepatutnya keluar - saya & anak2 akan rasa "panas" kalau duduk aje kat umah pada hari itu. Kalau tak ada duit, maka pergi la tempat yang tak payah keluar banyak duit. Kalau ada duit lebih, kita pergi la tempat yang grand sikit he..he..

Jadi semalam kami pun pergi ke Kuantan. Memang tak ada tempat lain dah kat sini, samada Kuantan atau Kerteh. Boring kan?? Tujuan utamanya nak tunaikan janji pada Awatif. Masa dia nak pergi rombongan sekolah ke Zoo Kemaman last week, kan saya tak bagi so janji ngan dia Sabtu ni nak bawa dia jalan2 Kuantan & tengok wayang cerita turtle tu.

Gambar2 di bawah ni tak ikut turutan yang betul, kita kena mulakan aktiviti yang last sekali iaitu makan malam kat Ana Ikan Bakar Petai. Elok sampai aje kedai tu adik terus terlena. Ngantuk sangat la tu. Apa2 pun dia tak makan. Awatif pun dok merengek ngantuk, makan 2-3 mulut aje. Umi yang terpaksa habiskan makanan - dengan keadaan express pasal tak tahan dengar rengekan Awatif. Sedar2 dah kenyang - tak rasa nikmat langsung makan macam tu. Geram sungguh ngan anak2 nie, mula2 tu iya2 lapar, lapar tapi dah sampai kat kedai mengadu ngantuk pulak padahal baru pukul 7 mlm. Adik tidur dari mula sampai la abis. Sampai kat rumah dalam pukul 9 tu baru dia makan nasi. Lala & ikan bungkus bawa balik rumah.









Sebelum start wayang - bergambar dulu depan poster. Best jugak la cerita nie. Memang sesuai untuk budak2 - untuk mak & bapa budak pun boleh jugak!! Comel betul si Sammy tu. Ada lagi satu cerita yang pasal burung tu, tak ingat apa tajuknya - anak2 dah pujuk Walid nak tengok cerita tu hujung bulan ni.


Layan anak2 nak main games nie dulu sebelum masuk panggung.





Makan tengahari kat Pantai Batu Hitam.





p/s :- teringin nak beli belacan berketul2 macam PakCik Chop tu tapi tak ada keping2 tebal. Setakat belacan RM1 boleh la kot!! Takut tak beli kang menyesal pulak - tak boleh nak buat sambal belacan banyak2 pulak nanti he..he..

No comments: