Tuesday, October 12, 2010

sendiri punya open house part 1

CPU baru hantar repair - rosak kena kilat hari Sabtu lepas. Pakai CPU lama ni agak menguji keimanan - sungguh lambat bila nak loading gambar2. Pastu nak upload gambar banyak2 pun tak boleh, kejap2 kong. Jadi terpaksa la buat part 1 & part 2. Ingat nak sekali harung aje tapi apakan daya !!! Suami bagitahu mungkin CPU tu tak boleh langsung nak repair pasal dalam2 tu rosak teruk - habislah semua gambar2 & resepi2 yang ada dalam data tu!!
Inilah antara tetamu2 yang awal. Ramai gak yang datang - dalam 45 orang rasanya. Alhamdulilah, banyak makanan yang habis. Laksa - 3 kilo ikan, 3 bungkus laksa, bihun sup daging - daging 2 kilo, tulang sekilo, nasi lemak untuk 30 orang. Cheese cake yang paling laku, tuan rumah pun tak sempat nak rasa he..he.. Laku tu walaupun tak berapa nak jadi tetapi tetamu2 kata sedap he..he..







Kak Ina - jiran depan rumah. Kak Ina datang dah hujung2 majlis tetapi tetap meriah.



Ani ngan babynya - geram sungguh tengok pipi & mata dia.



Dah habis majlis kita bergambar dulu sebelum berkemas. He..he.. acara wajib tu...





Lepas semua tetamu balik, tuan rumah terus zzzzz...... Letih sangat. Dari semalam dah mula masak. Buat sendiri sorang2 tau!! Tapi suami ada jugak menolong - tolong perisi ikan untuk buat laksa. Terima kasih abang!!

Kita sambung part 2 nanti!!

2 comments:

Kaz said...

Hebat betul Fizin ni. Kalau dekat, ina pun teringin nak pi open house fizin, confirm tuju kat laksa dulu.

Hafidzin said...

terima kasih la ina - tu la kalau duduk dekat2 kan best!! laksa paling dapat sambutan semalam. Alhamdulilah ramai yang puji sedap jadi tuan umah pun perasan la kejap he...he....