Thursday, October 14, 2010

selepas selesai open house

Ha!! Lega dah selesai buat open house. Selagi tak buat, selagi itulah dok mikir2 aje. Bila semua tetamu dah balik baru rasa lenguh2 satu badan. Kaki rasa nak pijak pun tak boleh, letih & penat yang teramat sangat. Iyalah penat sangatkan? Padahal orang lain pun buat jugak open house. Tak pun bising2!! he..he..

Semalam pergi urut badan - lepas urut tu rasala lega sikit. Kat sini tak tahu mana nak cari tukang urut yang ala makcik2 tu - yang sekali pegang kita, dah tahu mana uratnya dan yang penting sekali pegang kita dah jerit sakit he..he.. Yang macam kat Sungai Merap tu - teringat macamana sakitnya dia urut!! Memang sakit sangat2 - semasa & selepas urut!!!


Semalam urut kat Spa Kecantikan - sejam rm50 - mula2 budak reception tu bagitahu rm35 sejam - time tu rasa eh! murahnya pasal selalunya spa macam gitu paling murah pun rm70. Kalau kat KL rm100. Bila dah confirm ngan tukang urut tu - dia bagitahu sejam rm50. Kira ok lah jugak, siap bilik ada aircond ngan muzik yang mendayu2 & bilik pun selesa aje. Siap boleh mandi lagi lepas di urut. Tapi kurang selesa sangat2 pasal ditemani ngan anak2. Tau2 ajelah perangai depa 2 beradik tu!! Bab bergaduh no. 1!!


Sebelum pergi urut tu pergi Klinik dulu, nak tanya Dr pasal Awatif yang kerap sangat berdarah hidung. Dr kata itu perkara biasa aje - antara puncanya salur darah dalam hidung dia halus2 & mudah pecah. Dr suruh elakkan dia dari kena panas matahari. Cara Dr tu cakap memang selamba padahal kita dah risau tahap kritikal dah!! Ingat nak bawa pergi Pakar tetapi Dr tu cakap tak payah. Nak tengok dalam minggu depan berdarah lagi ke tidak - kalau masih berdarah lagi tetap nak bawa pergi Pakar jugak!! Saya takut resdung - memang budak lagi tetapi budak jugak boleh terkena - dulu masa mula2 saya kena resdung - kerap sangat hidung berdarah antara simptomnya.

4 comments:

Kaz said...

Ina dapat bayangkan betapa letihnya Fizin sbb bukan senang nak handle open house sorang2. Ina dulu pun masak sorang2 masa buat apen house 2 tahun lps tp menu taklah sehebat dan sebanyak Fizin, itupun ina dah rasa mcm nak pitam sbb terlalu letih. Fasal Awatif tu, mmg kena bawa gi pakar, hidung berdarah terlalu kerap pun tak elok jugak.

bidadarindu said...

baru masak utk 20-30 org dah ngeluh penat,sakit2 badan...yang kita nie dok masak utk 1000 - 1500 org,2-3 hari berturut2 nie cam mana la pulak rasenye kan..he he...x per...setiap pengorbanan pasti ada pembalasannya..iyer kan..

nama tukang urut tu makcik limah la..promo la nama dia sikit...letak no tel skali..mana tahu ada org baca kat sini nak ngurut dapat la makcik tu income sikit2...dapat pahala tu...he he he...saham akhirat...

Hafidzin said...

bidadarindu - tu masak dapat duit - penat mmg penat tapi lain sikit cara dia pasal tau nak dapat rm!!! kan????

xmau dah urut kat makcik Limah tu - sakit - serik dah!!

Hafidzin said...

Ina - masa majlis tu berlangsung tak rasa penat lagi pasal seronok tengok kwn2 makan apa yang kita masak - lepas tetamu2 dah balik baru la rasa sakit badan tetapi macamanapun tetap rasa berbaloi pasal dapat jamu kawan2 makan. Ramai yang puji laksa fizin sedap he..he.. tu yang buat lagi seronok tu!! perasan la tu kan??

Pasal Awatif tu mmg fizin nak bawa pergi Pakar jugak - Dr Klinik tu macam tak serius sangat bila fizin cakap hidung Awatif berdarah sampai 20 minit. Kita beriya2 takut tetapi dia selamba aje - mungkin bagi dia biasa aje kot!!