Saturday, October 16, 2010

sabtu yang memboringkan!!

gambar x ada kena mengena ngan tajuk
saja nak letak gambar anak2 nie

Sepatutnya nak pergi Dungun hari ini pasal suami ada hal tapi last minit tak jadi pulak. Dah terbayang dah nak makan asam laksa kat tepi Pantai Teluk Lipat tu!!.. Tempat tu banyak kenangan. Waktu mula2 kahwin dulu hampir setiap minggu suami bawa makan asam laksa kat situ. Memang sedap. Dari tak ada anak, dari mengandung sampailah ada Awatif. Pernah saya tertinggal beg tangan kat gerai tu - dah tengah malam baru tersedar beg tangan tak ada. Dalam beg tu tak ada cash sangat tetapi yang paling seram tu ada barang2 kemas saya. Malam tu tak boleh tidur pasal dok susah hati kat mana la saya letak beg tu - esok pagi suami terpaksa ambil cuti pasal nak cari beg tu. Esok tu terus ke Dungun cari kat setiap kedai yang kami pergi semalam - bila pergi kat gerai tu rasa lega sangat bila MakCik & PakCik gerai tu tolong simpankan. Depa bagitahu depa terpaksa buka beg tu nak tengok kot2 ada no. telefon. Depa pun susah hati gak pasal tahu ada barang2 kemas dalam tu. Tak tahu nak pulangkan pada sapa.

Sejak ada adik, dah jarang pergi sana. Tambah2 bila dah pindah Kuantan, kemudian Kemaman. Kalau dari Kerteh tu dekat la sikit. Last pergi rasanya tahun lepas bawa ibu & kakak pergi. Dah lain betul suasananya - dah tak ada gerai2 macam dulu. Majlis Perbandaran buatkan kedai2 kat sepanjang pantai tu. Dah rasa tak best pulak pasal macam tak dapat nak rasa angin pantai bila makan2. Masa last pergi tu tak dapat makan asam laksa pasal dah habis.

Suami ajak pergi Pantai Mak Nik aje hari ini tetapi rasa malas pulak. Nak keluar bilik pun rasa malas. Banyak lepak kat dalam bilik aje hari ini. Anak2 pulak banyak study ngan Walid - nak dekat exam dah!! Awatif sekarang bukan main malas nak study. Asyik2 ngan Cinta Kirana tu aje. Dia peminat setia drama Indonesia!! Umi tak main la drama2 Indon nie - Umi layan drama Korea aje he..he..

Nak celoteh lagi tetapi nak kena masak pulak!! Untuk lunch tadi goreng ikan aje & makan sup suun pucuk yang semalam punya. Untuk makan malam nie, suami request masak sotong. Semua dia dah sediakan cuma nak masak kan aje!! Kita sambung nanti!!!!

No comments: