Sunday, October 24, 2010

rendam kaki

2 minggu lepas Kak Safiah cal, bagitahu supaya rendamkan kaki anak2 ngan air Bio Aura tiap2 hari selama 45 minit. Ianya baik untuk sembuhkan asma/lelah anak2. Dah 2 minggu Kak Safiah pesan tapi baru hari ini ada masa nak buat. Besen yang nak di gunakan untuk rendam kaki tu dah lama beli - beli 4 sekaligus untuk 4 beranak. Yang biru untuk Walid & adik, yang pink pulak untuk Umi & kakak.

Mula2 tu anak2 excited sangat tambah2 si adik. Tengok Umi letak besen air dah bising mulut dia. Tapi lepas 10 minit mulut masih bising tetapi bising tak mau dah rendam kaki. "adik boring la Umi - adik malas dah nak rendam kaki" he..he.. Yang tadi tu iya2 sangat suka!! Kakak maintain aje tapi tak sampai jugak 45 minit pun!!





Lepas 10 minit. Masa ni kakak masih maintain, adik pulak dah boring pastu sibuk nak buat homework.


Dalam hati nekad nak cuba jugak buat tiap2 hari, tengok samada boleh tak kurangkan atau sembuhkan asma anak2 nie. Cuba berusahakan?? Kalau memang betul baik untuk anak2, apa salahnya? Kak Safiah juga bagitahu elok jugak untuk orang yang ada penyakit kencing manis & darah tinggi. Kalau yang kena strok tu, elok mandi kan ngan air Bio Aura nie.

Apa2 perkembangan anak2 lepas nie nanti saya akan bagitahu ya..

No comments: