Monday, October 25, 2010

makan-makan lagi!!

Walaupun dah lepas bulan raya tetapi masih ada kawan2 yang buat makan2. Tak salah pun kan? Sekurangnya boleh eratkan lagi tali persahabatan sambil tu kiranya beramal jugak la kan?? Macam kenduri!! Selain lebih rapat ngan kawan2 lama, dapat jugak kenal ngan kawan2 baru.

Last week rumah Kak Dah tetapi lupa langsung nak ambil gambar. Dok sibuk makan & sembang aje. Hari ini pulak umah Kak Ti. First time saya pergi rumah Kak Ti nie. Cantik & kemas betul rumah dia. Menu tadi nasi lemak, mee udang, keropok lekor, karipap & puding koktel. Baru saya nak start diet ada saja lah dugaannya!! Kali ni tak boleh nak tepis dah!! He..he.. Maka hari ini saya isytiharkan "cuti diet satu hari" - boleh ke macam tu? He..he..

Masa tunggu adik tution hari ini, terbau laksa kedai sebelah tu punyalah wangi!! Kebetulah kat rumah ada lagi bihun goreng yang birthday adik tu (bihun tu tempah kat Kak Dah) - dok terbayang makan laksa ngan bihun goreng sedap nie!! So beli bungkus laksa tadi, sampai rumah terus makan. Memang betul lah saya cuti diet untuk hari ini. Esok boleh start balik diet kan?? Bukan ada orang nak marah pun!! he..he..





p/s :- yang baju & tudung merah tu tuan rumah. Cantik kan rumah dia??

No comments: