Friday, October 8, 2010

majlis raya Taman Geliga

Malam tadi ada majlis raya besar-besaran anjuran penduduk Taman Geliga Intan 1 & 2. Tahun lepas masak secara gotong royong tapi tahun ni masak ikut kumpulan. Saya bersama ngan Kak Arah, Kak Su & Kak Imah - kami tempah Nasi Dagang. Ada group lain masak Mee Kari, Ketupat & Lemang, Rendang Daging & Ayam, Laksam, Kambing Bakar, Keropok Lekor, Rojak Buah, Nasi Lemak & macam2 makanan lagi lah..Bagi sesiapa yang masak sendiri tu, dari semalam dah sibuk dah. Nasib baik group saya ni tempah aje he..he..

Ramai yang datang - gerai Nasi Dagang kami cepat aje habis.Memang laku!! Walaupun bukan orang Terengganu tapi saya suka, sedap. Adik pun suka, bukan main dia makan tadi!! Makan nasi saja pun sedap. Saya nak belajar buat la nasi dagang nie.





Kak Ani & Kak Ti dari gerai Mee Kari Laser..
















Sebelum keluar tadi, adik dok mengamuk - ngantuk!!. Jadi suami & adik balik dulu. Saya & Awatif tunggu sampai habis majlis, dalam pukul 11.30 mlm baru balik rumah. Kena kemas barang2 dulu. Saya nie tak la menolong sangat, janji tunjuk muka aje he..he.. Kak Imah, Kak Arah & Kak Su yang banyak buat kerja pun!!

p/s :- tadi kat majlis tu sibuk menjemput orang datang open house saya hari Selasa depan - ramai gak - dalam 30 orang. sapa2 yang baca blog nie, jemput la datang sekali!!

No comments: