Friday, October 1, 2010

lagi lagi lagi open house

Ada 2 open house hari ini. Pertama rumah jiran depan rumah. Kak Yah & Abang Din - buat open house sekali ngan kenduri nak pergi Haji. Umah kedua pulak Maiza - dia pun buat open house sekali ngan kenduri kesyukuran masuk rumah baru.





Ni kat umah Maiza. Lepas makan kat umah Kak Yah, terus gerak 3 beranak pergi rumah Maiza. Asalnya memang tak tahu langsung umah dia kat mana padahal dah 2 kali pergi. Selalunya pergi umah mak mertua dia. Ajak kawan lagi satu tapi dia ada hal pulak jadi redah aje la. Kalau agak2 nak sesat boleh cal dia. Mujur jumpa jugak walaupun 2 kali cal dia. Cantik jugak rumah dia - stail moden. Dapur kat depan. Masa sampai tu budak2 sekolah pondok tengah sembahyang hajat.Sejuk aje perut tengok budak2 tu - siap ngan jubah putih & berserban. Ala2 Iman Muda tu. Mudah-mudahan nanti Aisy boleh jadi macam gitu - sejuk perut Umi mengandungkan?

Bila sampai tu nasib baik jumpa kawan - Along. Anak dia satu kelas ngan Awatif. Anak Maiza pun sebaya gak ngan Awatif tapi kelas lain. Bila jumpa kawan nie tak la rasa malu & segan nak makan he..he..




Petang dalam pukul 6 suami balik kerja - pergi lagi makan kat rumah Kak Yah. Tak malu pergi 2 kali pasal tadi Kak Yah dah pesan suruh pergi lagi petang nie ngan suami he..he.. Dah tuan rumah beriya2 pesan so apalagi kan?? Tadi makan awal dalam pukul 12.30 tengahari so rasa lapar balik la.

Esok ada 2 lagi open house - jiran kat area perumahan ni la jugak. Tak tahu nak pergi ke tak pasal esok suami ajak pergi Kuantan. Ada surprise?? Nak tahu?? Esok aje la kita cerita - ntah jadi ke tidak, tak tahulah..

No comments: