Tuesday, October 5, 2010

lagi lagi ke Klinik

Semalam pergi Klinik lagi. Awatif masih mengadu sesak nafas & kali ni tambah ngan sakit tekak pulak. Bila Dr check, dia demam sikit & paru2 dia ada bunyi tetapi tak serius & tak payah buat nebulizer cuma teruskan ngan ubat lelah, cegah lelah & inhaler. Adik pun jumpa Dr jugak kerana nak Dr check paru2 dia pasal bila dia bercakap & tidur macam tak lepas. Tetapi bila Dr check cuma ada bunyi sikit tetapi boleh kawal ngan ubat2 & inhaler. Alhamdulilah. Takut jugak kot2 kena warded - tak sanggup la rasanya bila mikir nak kena berkampung lagi kat wad tu..Tak mau la!! jenuh jerit kat anak2 semalam terutamanya si adik tu bila kat kedai nak suruh beli ice cream/ air sejuk. Nak masuk spital ke? Nak kena cucuk ke? Ha!! kan dah abis hilang keayuan Umi semalam!!

Sejak sebulan dua ini kerap pulak pergi Klinik. Sampai malu pulak kat Dr. He..he.. Pasal Awatif tu tanya pendapat Dr macamana, nak kena Xray ke atau ada rawatan lain yang lebih berkesan. Dr kata kalau Xray pun tak boleh nak nampak apa2. Dr kata itu perkara biasa cuma nak kena lebih berjaga2. Dia tak boleh langsung aktif lebih2 lagi kalau bersukan kat sekolah. Dr bagi surat untuk maklumkan pada cikgu keadaan kesihatan dia. Hari Rabu ni sekolah dia nak buat lawatan ke Mini Zoo, hai!! memang jawapannya TIDAK la...Puas dia merayu-rayu pada saya & suami supaya benarkan dia ikut sekali rombongan tu.


Untuk minggu ini, adik baru start pergi sekolah hari ini. Last week hari Khamis tak pergi. Awatif pun last week 3 hari tak pergi sekolah. Hari Ahad pun tak pergi jugak. Kerap sangat anak2 sakit sebulan dua nie. Mudah-mudahan lepas nie anak2 akan kembali sihat macam biasa. Bulan depan nak pergi KL dah. Cuti panjang pulak tu. Kesian kat Walid kena tinggal sorang2 lagi he..he...

No comments: