Sunday, October 3, 2010

Kerteh

Hari ini dua beradik tu tak pergi sekolah.
Awatif - semalam dok nangis2 sesak nafas, jenuh dia nak tidur semalam. Check paru2 dia ok, rasanya nak kena jugak jumpa Dr Pakar pasal kerap sangat sekarang dia ngadu sesak nafas @ susah nak nafas tapi bila jumpa Dr kat Klinik biasa check paru2 dia ok aje. Mungkin nak kena Xray kot baru dapat tahu puncanya. Dr Klinik biasa cuma cakap salur pernafasan dia sempit & tak bagi dia aktif sangat.
Adik - batuk 2-3 hari ini, semalam pergi Klinik ada bunyi sikit kat paru2 dia. Lepas buat nebulizer baru ok. Tapi dia masih batuk lagi, suara pun serak. Bukan main suka bila Umi bagitahu pagi tadi adik tak payah pergi sekolah. Takut nanti kat sekolah lagi teruk pulak.

Suami memang plan nak pergi Kerteh hari ini tapi ingat nak pergi petang la lepas anak2 balik sekolah. Jadik bila anak2 tak pergi sekolah, tukar plan pergi pagi2 la. Lepas selesaikan urusan suami, kami pergi Mesra Mall, adik nak sangat makan DOnut Big Apple, Awatif pulak nak makan burger mushroom kat Burger King. Beli bungkus aje pasal rasa letih sangat. Ngantuk pasal semalam tidur tak cukup, dok risaukan Awatif. Kejap2 tengok dia. Ajak pergi Klinik dia tak mahu. Lepas makan ubat, bagi pam & sapu minyak hijau kat dada & belakang dia baru la dia tidur, tupun bukan main susah lagi. Sebelum balik singgah jap kat ToyRus - beli peluru kat senapang adik - ntah apa brand tak tahulah. Awatif pun nak mainan jugak. Suruh dia pilih yang murah2 aje. Bila dah bayar semua dapat voucher rm10 - beli topi askar kat adik.

Lepas balik dari Kerteh singgah kedai Aziz Satar - makan satar, otak2 & sotong celup tepung. Makan 4 beranak aje satu pinggan pun dah cukup. Teringat masa bawa kakak & Abang Lee aritu, berpinggan2. Tambah2 bila tengok orang sebelah meja kami tu - beberapa meja di sambung penuh adik beradik. Suami kata kalau kakak, makteh, uda datang serupa macam tu la jugak. Agak2 rombongan tu dari KL pasal banyak kereta parking kat situ plat W.
Kami keluar rumah pukul 10pg - sampai rumah pukul 2 ptg. Kejap aje keluar - tak la macam biasa dok merayau lama2 kat Mesra Mall tu. Rasa ngantuk sangat nie. Pas nie nak tidur.














p/s : motif gambar satar tu di ambil dekat pasal nak bagi orang KL terliur. Orang Penang macam Uda tak teringin kan? he..he..Memang sedap sangat satar kat Kedai Aziz tu. Rasa ikan & lemaknya (cakap stail Serina Redzuan)

p/s : Oh! ya aritu Kazrina pun cakap teringin nak makan Satarkan? Mai la sini sebelum Fizin pindah - memang sedap Ina, tak macam jual kat KL.

2 comments:

kazrina said...

Mmg teringin sgt2 Fizin. Masa bulan puasa dulu, selalu juga ina dan Rizal beli kat psr ramadhan tp taklah sesedap yg ina makan kat terengganu dulu tu. Kalau nak pi terengganu tu, nak kena menuntut ilmu tahap Phd utk berjaya memujuk Encik Rizal pi berjalan jauh, hehe.

Hafidzin said...

Ina, satar kat sini mmg original. Tak sama kat tempat2 lain.
he..he.. bila Ina dah berjaya pujuk Rizal, boleh la datang jalan2 kat sini. Kalau Fizin pindah Kuantan masih lagi boleh bawa Ina jalan2 Kemaman nie. Tapi tak tahulah bila nak pindahnya pasal umah pun tak jual lagi. Kalau ikutkan Fizin bulan 12 nie nak pindah dah tetapi suami macam cool aje lagi.