Saturday, October 23, 2010

jalan-jalan

Baru balik dari Kuantan. Plan nak pergi tengok wayang tetapi last minit anak2 nak pergi Petrosains Kuantan pulak pasal ternampak banner yang Petrosains Kuantan ada buat Smart Street sampai 25hb Oct (kalau tak silap). Mula tu ingat mesti best & ada macam2 aktiviti untuk budak2 nie. Tetapi bila sampai aje hampa!! Dah la tak banyak aktiviti untuk budak2 pastu hampir kesemuanya di conquer oleh budak2 yang sama selama 20-30 minit. Walaupun tunggu beratur kat belakang - tak di pedulikan!! Sekurangnya bagilah adilkan? Seorang budak untuk satu game 5 minit atau 10 minit ke..Budak2 memang tak faham, sepatutnya ibubapa yang ada kat situ la kena fahamkan?? Tak sampai sejam kami pun balik - dengan keadaan macam tu malas nak tunggu lama2.

Sebaik sampai Kuantan, kita makan dulu!! Makan kat Noodle Station East Coast Mall. Kononnya diet tak nak makan nasi tapi habis jugak satu pinggan mee.




Lepas makan jamu & cuci mata tengok kereta2 nie. Yang si Kakak sibuk nak kereta Honda Accord, si adik pulak tetap setia ngan Camry he...he.. Kita berangan aje dulu ya anak2!! Tunggu Walid jadi tokey emas baru kita beli kereta baru!! (baru beli 2 ketul belacan dah berangan tinggi!!he..he..)



Sebelum balik beli kasut kat adik. Kasut Ben 10 adik tu dah kecil - dia dok ngadu sakit kaki. Last raya tak beli kasut pun untuk dia. Kali ni beli extra 1 setengah saiz semata-mata untuk simpan raya tahun depan he..he.. Ingat masa dia umur 1 tahun beli kasut saiz besar untuk dia pakai sampai umur 3 tahun. Jimat banyak tu!!




No comments: