Tuesday, October 5, 2010

buatmu A

Sejak dapat tau pasal berita tu, dari pagi semalam rasa tak seronok aje. Berita tu dah memang di jangka tetapi bila dah confirm rasa macam tak bersedia pulak. Walaupun bukan kena pada diri sendiri tetapi rasa sedih sangat2. Sungguh!!

Cakap ngan ibu rasa sebak, cakap ngan uda rasa sebak. Sekadar mendengar pun dah rasa sedih tambah lah orang yang melaluinya. Harap tuan punya badan bersabar ngan dugaan Allah ini. Apapun ayat2 @ kata2 tak akan mengubat lara dalam hati - percayalah hanya masa akan mengubat segalanya.

Bercerita melalui pengalaman, memang memeritkan apabila cinta kita dikhianati, rasa seolah-olah kita tiada harga diri. Rasanya luka itu lebih dalam memandangkan sudah ada ikatan malah dikurniakan cahayamata. Tetapi apa yang kita kongsi sama di mana kita pernah terluka - cinta yang kita ada di rampas oleh seseorang. Tetapi percayalah, Tuhan ada, mendengar doa orang yang teraniya, tak bahagia seseorang itu mendirikan sesuatu hubungan atas derita orang lain, atas airmata orang lain tambah2 membina tembok yang jurang antara anak2 & ayah.

"Kak Sayang tahu tiada kata2 yang dapat menceriakan gelodak jiwa yang di lalui adik sekarang, tetapi kak sayang nak adik tahu kami semua akan menyokong setiap apa jua yang adik lakukan. Kami semua ada disini jika adik memerlukan pertolongan. Dugaan ini memang berat, tak semua orang dapat melaluinya, tapi kak sayang tahu adik seorang yang tabah. Setiap dugaan itu ada hikmahnya, sama seperti yang di lalui kak sayang. Betapa kak sayang menderita dulu, tetapi kini, kak sayang bahagia. Hanya masa dapat membuat kita melupai segalanya. Percayalah, setiap perbuatan yang kita buat ada pembalasannya. Begitulah pada orang2 yang melukai kita."

No comments: