Friday, October 8, 2010

blueberry cheese tart

Percubaan kali pertama - betul2 berpandukan resepi yang diambil dari blog masakan. Rasanya macam tak berapa nak jadi tapi Awatif dok puji sedap sangat2. he..he.. Dah lama nak cuba buat tetapi asyik malas aje lagipun tak yakin jadi ke tidak.



Blueberry Cheese Tart yang dah masak. Sapa nak cuba rasa? Marilah...Awatif cakap selalunya tart tu elok aje warna putih tetapi Umi punya lain macam aje rupanya. Memang tak jadi betul2 macam kat kedai tu. Teringin nak belajar tapi kat Kemaman nie tak tahu kat mana. Kat KL tu ada banyak tempat tapi tak ada masa pulak nak belajar kalau ada kat sana.





Wani & Mak Teh ada pernah suruh cuba buat tart nie tapi masa tu tak berani nak buat - takut tak jadi. Lain kali kalau buat mungkin jadi lebih elok dari hari nie kot!!

3 comments:

Kazrina said...

Sedapnya nampak Fizin. Ina dan Rizal mmg cukup suka cheese tart. Hebat Fizin ni.

Hafidzin said...

Ina,
Fizin baru nak belajar buat. Dah lama teringin nak cuba tapi takut tak jadi, kali ni betul2 tengok resepi pastu cuba buat. Tu pun mula2 rasa nak bebai pasal kulit tart tu tak mau jadi padahal dah ikut resepi betul2. Fizin buat tengahari pastu bakar kali pertama dia jadi keras pastu geram terus tinggal. Dah nak maghrib tu cuba lagi sekali tapi fizin cuba tambah butter sikit baru bakar kali ke 2 tu ok sikit tetapi still tak jadi sangat. Nanti bila2 nak cuba buat lagi. Susah kalau belajar sendiri2 nie, nak kena belajar jugak kat mana2. Awatif suka sangat - tu yang fizin nak belajar buat tu..

kazrina said...

Mungkin slps ni Fizin boleh start buat bisnes melalui blog. Muffin dan kek pun Fizin pandai buat kan.Kalau dekat, ina pun akan tempah kat Fizin.