Tuesday, October 5, 2010

blog Ana

Masa balik kampung raya hari tu...

Menurut sepupu sepapat - Blog kak sayang skema sangat. Kadang2 buka blog kak sayang pasal nak baca blog nie http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/. Jeles betul ngan blog Ana nie he..he.. Tapi ni bukan mengata tau pasal dah bagitahu dia. Kita jeles ngan blog awak pasal kaum kerabat kita buka blog kita pasal nak baca blog awak.

Tetapi memang enjoy pun baca blog dia. Nak try gak buat ayat2 macam dia tetapi kita kan orang dah cop skema la, jiwang la kang berubah depa kata pulak. Betul tak??he..he.. Nak buat macamana kan dulu cita2 nak buat novel tapi tak tercapai, bila dapat buat blog sendiri - inilah peluang nak luahkan perasaan & bakat (suam2 kuku) yang terpendam.

Peminat setia blog Ana ni Uda la. Uda buat kenyataan penuh lagi - satu hari berapa kali dok buka baca blog dia, dah baca pun nak baca lagi. Dok tertunggu2 aje dia update pasal open house dia tu.

Buat Ana (kalau2 Ana baca) - boleh tak nanti bila2 saya nak bawa kaum kerabat saya ni pergi rumah Ana & berkenalan ngan Ana?? Boleh la ya!!

No comments: