Thursday, October 28, 2010

Aku Mahu Saiz S


Buku ni Awatif beli dengan Mualimah di sekolah. Harganya rm16 - siap hutang lagi tu. Hari Khamis bawa balik rumah, hari Ahad baru bayar. Bila saya belek2 buku ni saya rasa buku ni tak sesuai langsung ngan umur dia yang baru 9 tahun. Untuk remaja belasan tahun baru la padan. Bila saya tanya kenapa beli buku nie? Nak tahu apa jawapan dia?? Memang kelu lidah kejap bila dengar dia kata:-
"Awatif tengok buku ni terus teringat kat Umi"
"Awatif rasa buku ni memang sesuai untuk Umi"
"Umi kan nak kurus?"
Adoi la!!! Ingat Umi ni gemuk sangat ke Awatif oi...!!
Tapi tak apa, itu tandanya dia nak bagi semangat supaya Umi kurus & dapat pakai baju saiz S. Mungkin satu hari nanti bila Awatif dah besar sikit kita boleh share2 baju - baju Umi Awatif pinjam, baju Awatif Umi pinjam. Boleh ke macam tu? he..he..

Saya dah habis baca buku nie 2-3 hari lepas. Seperti yang saya bagitahu awal2 tadi, memang tak sesuai dijadikan bahan bacaan untuk budak 9 tahun. Cerita ini mengisahkan budak2 sekolah menengah yang berpuak2. Satu group tu Kelab XL, satu lagi tu group The Size S. Mulanya mereka sering bergaduh tetapi lama kelamaan tu mereka berkawan baik. Yang group si kurus menolong group si gemuk cara2 diet & senaman yang betul. Hasilnya si gemuk menjadi kurus. Begitulah serba ringkas kisah buku ni.

Ha! Ni ahli2 Kelab The Size S. Memang la boleh saiz S pasal tak kahwin & mengandung lagi!! Cuba dah kahwin nanti, mesti tukar jadi saiz L atau XL. Eh!! napa pulak bunyinya macam dengki aje nie?? he..he..

p/s :- baru tadi call suami ajak dia makan pizza baru yang ada 6 jenis cheese tu malam ni. Abis macamana? Relevan lagi ke "Aku Mahu Saiz S" nie? atau saiz L la kau sampai ke tua?? he..he..

4 comments:

Sharifah nor said...

Awatif sayang...boleh acik pah pinjam buku ni tak??? acik pah pun nak jadi saiz S jgk..kalau dpt saiz M pun ok laaa..

Hafidzin said...

he..he.. boleh kalau acik pah nak pinjam. Tak tahulah Umi dia nie boleh ke tukar dari saiz L ke S!! berkurun kot nak tunggu he..he..

Anonymous said...

lawak ler baca entry fizin. semua entry fizin selamba dan bersahaja...chaiyok!

Hafidzin said...

terima kasih!! sapa ya??