Sunday, October 3, 2010

aktiviti petang sabtu

Semalam tak jadi pergi Kuantan - tiba2 suami tak ada mood pasal ada "something" jadi kat ofis. Selain dari pergi open house - duduk lepak kat rumah ajelah semalam. Dah petang anak2 dah bising boring so bawalah pergi Pantai Mak Nik. Main kejap kat pantai tu pastu pergi A&W makan.

Lama tak pergi pantai - kalau kami 4 beranak aje memang rasa malas nak pergi. Kalau ramai2 datang baru la best. Setiap kali pergi pantai adik mesti teringat kat Robin & Muqri. Dia teringat main sorok2 mainan, lumba lari & buat istana pasir. Bila lah papa nak datang bawa Muqri & Cinta datang sini kan??





No comments: