Tuesday, October 5, 2010

adik tution

Hari ini adik start tution. Asalnya nak buat di rumah tetapi cikgu tu kata rumah jauh sangat. So cikgu ni ada mengajar tution anak seorang Dr di Kliniknya sendiri so saya minta tolong tanya Dr tu adik boleh join tak anaknya tution kat Klinik dia? Walaupun dia Dr, tak sombong langsung. Dia tak kisah adik join sekali belajar ngan anak dia. Anak dia perempuan, kalau tak silap umur 4 tahun.

Dalam seminggu 3 kali - dari pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang. Lepas ambil Awatif sekolah pukul 3.10 tu terus hantar adik tution. Terpaksa jugak pasal adik masih tak tahu baca lagi. Setakat MA, PA, TA tu dia boleh la, risau betul pasal tahun depan dah darjah 1. Kalau kat umah, susah dia nak ikut apa yang saya & suami ajar. Bukan saya tak usaha nak ajar dia tetapi dia memang tak nak. Mudah-mudahan ngan tution ini dia dapat membaca dengan baik, tak lancar sangat pun tak kisah la janji boleh baca.
Gambar2 ni di ambil dalam Klinik - cantik hiasan dalam Klinik tu, kemas & bersih aje.



No comments: