Sunday, September 19, 2010

sebelum raya

Kami balik kampung pada hari Rabu 8hb 9 bersamaan 29 Ramadhan. Rasa lain betul balik kampung beraya kali ini kerana ibu & mak pun sama2 ikut balik kampung. Kalau tahun2 sebelumnya, ibu & mak dah ready ada di kampung menunggu anak2 & cucu2 balik. Selain itu mencabar jugak kali ini kerana terpaksa mengemas rumah yang berbulan2 ditinggalkan. Selain membuang tahi cicak yang teramatlah banyak - kami terpaksa mengalih perabot yang berat2 kerana tahun ni jeng..jeng.. kami menukar perabot baru. Tak la grand sangat pun he..he.. cuma tukar sofa & meja tv baru aje. Yang lama punya di transferkan kat ruang menonton di belakang. Sayang gambar tak ada untuk disharekan kat sini pasal terlupa langsung nak snap gambar. Mungkin kerana terlalu letih..

Bayangkan saya & family terutamanya ibu terpaksa membuat persiapan raya hanya dalam masa 2 hari sahaja. Sebaik sampai kampung hari rabu tu terus mulakan operasi mengemas rumah. Memang penat sangat2. Petang tu saya & kakak terpaksa ke rumah mertua untuk berbuka puasa & bermalam di sana memandangkan tahun ini giliran di rumah ibu. Hampir berbuka baru pergi ke sana kerana nak tunggu orang hantar sofa & almari tv.

Hari Khamis tu ibu & makteh sibuk ke pasar membeli barang2 untuk memasak. Menu kami pada hari raya tu Nasi beriani, lontong, laksa Penang & laksa Johor. Esok raya nak buat kenduri kesyukuran sikit memandangkan mak dah sihat. Saya ke rumah ibu dah tengahari kerana kat rumah mertua pun kena la buat kerja jugak kan. Saya kan menantu yang baik he..he.. Kat rumah mertua pun meriah jugak pasal abang ipar & adik ipar ada. Saya & biras2 agak sibuk kat dapur pagi tu. Kena rumah mertua pun kena buat kerja, kat rumah ibu pun kena buat kerja. Tapi biasa la tu kan?? Nama pun perempuan -perempuan ngan raya nie tak boleh di pisahkan.. He..he...

sampai dari rumah mertua terus kena buat kerja - non stop sampai malam - penat tau..

habis tangan luka2 kesan dari memotong segala jenis benda - antaranya serai nie..

sambil buat kerja mulut pun sibuk buat kerja gak he..he.. time ni dok cerita pasal kes bunuh Dato' Susilawati tu - kesian!!

hari selasa sebelum balik kampung tu pergi KK - ibu nak beli bunga

antara satu gubahan bunga yang ibu beli - lagi satu tempah kat Romantika tapi lupa pulak nak snap gambar..

2 comments:

rositahmdzain said...

yang, mana aci gambar syg je buat keje...!!! uda ngn mak su kopek udang 10kilo smpai luka tgn x amik gambar pun! Gadis2 potong bawang dgn berbagai gaya pun x ada..kesian depa:-(
Xpe kita tunggu next n3..

Hafidzin said...

He..he...masa uda & mak su kopek udang tak teringat nak snap gambar - masa sayang ambik gambar ni uda & maksu dah selesai pun buat kerja tu..
Gadis2 potong bawang tu depa yang tak mau gambar depa diambik pasal depa malas nak pakai tudung. Percaya daku...he..he...
Last sekali gambar tuan punya blog aje yang ada - he..he.. pasal dah standy by tudung kat sebelah..