Saturday, September 25, 2010

makan sedap

Plan nak pergi rumah kawan - Fadzilawati Awang kat Kuantan tetapi bila sms dia, dia tak jawab. Nak cal rasa was2 pulak, takut kacau dia ke apa. Maklum la dah 23 tahun tak jumpa rasa segan la jugak kan?? Tak apalah, nanti bila2 boleh cuba sms sekali lagi. Dah alang2 duduk dekat, nak jugak jumpa dia & berkenalan ngan family dia. Dulu masa sekolah rendah Wati ni antara kawan baik saya. Masa raya lepas ada jugak jemput dia datang rumah tetapi mungkin dia sibuk ke apa, tak muncul2 pun.

Bila dah tak jadi pergi umah kawan so cancel la plan nak pergi Kuantan hari ini. Tapi tiba2 pagi ni perasaan sedih & hiba mendatang la pulak he..he.. iyalah - kat KL tu bukan main seronok lagi, ada open house - boleh jumpa sanak sedara, boleh jumpa baby baru - yang kita kat sini 4 beranak aje lah. Alih sana tengok muka suami, alih sini tengok muka Awatif, alih sunun tengok muka adik, alih sinun tengok muka sendiri!!

So ngan muka kesiannya saya ajak la suami pergi Kuantan - tujuannya nak makan sedap2 pasal nak lawan balik yang tak dapat pergi open house kat KL tu..he..he. burukkan perangai?? So bila suami kata OK aje, saya pun start la bersiap - mula2 siapkan anak2 dulu, pastu baju suami, last sekali barulah diri sendiri..

Mula2 pergi makan mee calong kat Berserah - suami yang rekomen pasal dia kata dia nampak kat tv Farouk makan dalam rancangan Warung Kita. Time ni makan ala2 manja aje pasal nanti malam nak makan berat2. Tapi dalam manja2 pun semangkuk setengah abis jugak. Yang semangkuk tu saya la punya & yang setengah tu abiskan adik punya. Sedap la jugak lagipun perut tengah lapar.

seperti biasa kita bergambar dulu sebelum keluar

inilah baju Awatif yang sama ngan baju reunion saya
gaya sama tak??

suami makan mee goreng - adik makan mee calong - Umi yang kena habiskan jadi macamana la Umi tak gemuk, asyik kena habiskan makanan anak2 aje!!

Awatif makan bihun calong - nampak air kelapa tu? sedap - rasa original sangat - letak gula sikit aje & tak tambah air - mewah ngan isi kelapa

saya pun makan bihun calong gak - sedap makan ngan sambal - satu mangkuk tu ada 5 meatball - memang tak kedekut la - satu mangkuk rm3 aje

Lepas isi perut - terus ke Megamall - nak tunaikan permintaan anak dara sorang tu. Dia nak tukar hp baru yang ala2 slide tu macam Balqish punya tetapi dia tak nak Nokia tapi dia nak Sony Ericsson. Lepas dah selesai semua, pergi Giant - ingat nak beli barang2 dapur tetapi tak tahu apa yang dah habis - apa yang patut dibeli pasal tadi sebelum keluar rumah tak check pun. Jadi beli jajan anak2 aje pastu terus balik.

Sebelum balik singgah Masjid - solat Maghrib pastu terus pergi kedai makan nie. Planet Seafood nama kedai tu.

Planet Seafood

masa nie adik tengah bad mood - baru bangun tidur

nampak pipi saya yang makin tembam tu? tapi saya ngan tak sedar diri terus usahakan lagi untuk "menembamkan" lagi pipi & badan saya he..he..

siakap 3 rasa, ketam masam manis, kailan ikan masin, tomyam, telur dadar

saya share nasi ngan adik - tapi pastu bila tak kenyang lagi ambil pulak nasi Awatif sikit he..he.. tapi dia yang offerkan pasal dia kata dah kenyang - masa bulan puasa aritu nasi tak makan, main ratah2 aje lauk tapi hari ini tak kuasa la!!

Terima kasih pada suami kerana melayan perangai buruk saya nie - sambil tu sebenarnya dia dalam usaha memujuk saya pasal sampai sekarang tak dapat2 nak tukar kerja kat KL. Kalau dapat la dia tukar kerja kat KL - saya buat kenduri!! Mari kita doakan ramai2....Amin!

1 comment:

bidadarindu said...

abg lan macam terpaksa je peluk kat bahu tu...kaku jek...tu pun sbb nak pujuk jugak kot...he he he...