Saturday, September 4, 2010

kat Pusrawi lagi

pesakit sebenar ada kat ICU - jadi semua ambil peluang nak tidur atas katil - pantang lepa sikit katil kosong, ada saja yang nak menumpang he..he..
Pakteh & Hanani

bidadarindu malu2 - tu yang nampak belakang aje tu..he..he.

lepas berbuka puasa - kat spital - ramai yang datang nak tengok mak

bila mak dah sihat - semua orang happy!!

penuh satu bilik ngan anak2, cucu2 & cicit2 mak
Atiqah dalam pantang pun datang nak tengok mak
dah 32 hari - terkejut tengok Harith - kejap dah besar - dukung dia terasa dari dukung si Cinta tu...

riuh rendah masa nie - kami buat spital tu macam bapak kami punya he..he..

posing jangan tak posing

Cinta & Umi Wani

Mr Right Aqilah & Mr Right Kakak
ngan3 orang budak yang bising

anak2 dara yang perasan he..he..

Lepas Kakak balik sekolah terus pergi Hospital Pusrawi. Anak2 tinggal ngan bibik Is. Mak buat angio pukul 7 pagi. Dalam sejam tu semua dah selesai. Jantung mak tersumbat 2 tempat. Alhamdulilah Dr kata kemungkinan mak sembuh dalam 60%..

Mak ditempatkan dalam ICU - untuk pemantauan selama 24 jam. Mak nampak sihat & ceria aje. Mak kata mak rasa lega sangat. Kami lagi la rasa lega tengok mak dah ok. Syukur Alhamdulilah...

Kami berbuka puasa di spital aje. Ada yang tak dapat tengok mak kerana waktu melawat dalam ICU dari pukul 5 petang sampai 8 malam. Ada yang sampai dah pukul 9 malam. Yang mana tak dapat tengok mak lepak dalam bilik wad aje. Riuh rendah betul - he..he.. Semua happy pasal mak dah ok.

InsyaAllah - Dr kata mak boleh keluar spital hari ini. Dan kalau tak ada apa2 hari Rabu ni nak balik kampung. Tak payah lagi nak beraya di KL - Alhamdulilah..

p/s : saya & kakak akan keluar shopping hari ini - bestnya - tak sabar2 nie he...he...

No comments: