Friday, September 24, 2010

Jumaat

Hari ini anak2 cuti - hari Jumaat. Anak2 bangun awal dari Umi tambah2 si adik tu, pukul 7 pagi dah bangun. Geram betul! Tak bagi peluang Umi nak tidur nyenyak sikit. Walaupun anak2 dah besar, saya macam tak senang hati bila tidur & biar anak2 berjaga. Macam tadi, saya paksa anak2 duduk dalam bilik aje sambil saya tidur tapi bukannya boleh lena sangat. Kejap2 terjaga. Mana taknya, sorang main games komputer, sorang lagi tengok tv - volume depa pasang macam semua orang dalam rumah ni pekak.

Hari ini jiran sebelah buat kenduri kesyukuran @ open house. Pukul3 petang baru saya & anak2 pergi. Jumpa 2-3 orang kawan Usrah dulu. Banyak bulan tak jumpa, sejak mak sakit & saya sering ulang alik ke KL 3-4 bulan lepas, saya jarang dah pergi Usrah. Kalau dulu tiap2 minggu pergi. Mungkin lepas selesai musim raya ni saya akan sambung balik join Usrah tu.

Atas permintaan adik, kami pergi A&W lepas maghrib tadi. Lepas temankan anak2 makan, saya pergi beli bihun tomyam seafood - special tambah ketam. Lama dah teringin nak makan ketam ni, tapi tak jumpa2 yang mentah punya. Boring asyik makan ayam & daging aje musim raya nie.




p/s :- seronoknya esok ada open house kat Sg Merap - kami kat Kemaman ni tak leh lah nak join - Bidadarindu nanti ambil la gambar banyak2 & masukkan dalam blog..
p/s :- walaupun cuma trial - selamat maju jaya buat Wani & Mira..Good Luck!!
p/s :- kesian adik, tak dapat jugak nak cakap ngan Muqri hari ini - adik dah tidur. Esok la try lagi..


No comments: