Thursday, August 19, 2010

tak masak & Awatif masih demam

gambar ni tak ada kena mengena ngan tajuk & n3 kali ni
saja nak letak gambar nie kat sini
tiba2 aje kan?
saya & kakak waktu kecil

Hari ini tak masak - cuma panaskan gulai daging & sayur semalam aje. Bukan malas nak masak ke apa tapi nak elakkan pembaziran. Kalau hari ini masak menu yang lain, pastinya gulai daging & sayur tu akan dibuang. Sambal tumis udang & kurma ayam dah dibuang. Sayangkan? Saya masak bukannya banyak pun tetapi still tak habis. Macamana nak masak betul2 ngam untuk berbuka & sahur untuk satu hari aje? Tak pandai la nak budget kan??

Hari ini Awatif masih mc - tak pergi sekolah. Masa sahur dia dah cakap dia masih rasa pening, pas makan tu bagi dia makan ubat & suruh dia sambung tidur. Masa nak kejut pergi sekolah tu, dia cakap dia masih pening. Saya cakap ngan suami tak payah la pergi sekolah lagi - takut nanti kat sekolah lagi teruk pulak. Masa siap2 adik pergi sekolah baru dia bangun. Suruh dia mandi basah rambut banyak2. Lepas hantar adik sekolah, hidung dia berdarah. Memang kerap pulak kebelakangan ni dia pening kepala & hidung berdarah. Rasanya nak kena pergi klinik la. Risau la pulak.....

p/s : selalunya tahun2 sebelumnya time2 macam gini, dah siap packing baju raya masukkan dalam beg "Mekah" saya tu - cuma tunggu nak balik kampung aje, tapi tahun ni apa2 pun tak siap lagi - baju adik banyak yang tak beli lagi, baju saya pun sama he..he..(mesti nak kena sakan jugak macam anak2) cuma baju Awatif aje yang dah complete semua -kasut anak2 pun tak beli lagi - baju melayu adik pun tak beli lagi - selalunya tempah tapi tahun ni tak tahu macamana boleh nak beli ready made - punca sebab utamanya persiapan raya belum complete walaupun dah seminggu berpuasa kerana mak - kan haritu mak sakit - plan nak shopping2 pun tak jadi - tahun ni kami tak pergi langsung MidValley, The Curve & One Utama - tahun ini dalam sejarah la kan? he..he..

p/s : sibuk nak shopping awal2 bukan makna kami tak sabar2 nak raya - tetapi tak suka shopping last minute - selalunya susah nak dapat saiz yang kita nak bila dah hujung2 tu - lagipun kalau shopping bulan puasa tak adalah nak ada acara rasmi kami "makan2" - lemah longlai la kalau shopping lama2 (kalau duit beribu2 dalam beg tu lain la cerita)...

No comments: