Monday, August 16, 2010

sepakat

kalau la semuanya sepakat
yang berat akan menjadi ringan
yang sikit akan menjadi banyak
yang susah akan menjadi senang

masalahnya
rambut sama hitam
tetapi
hati lain2

jangan menangis
jangan sedih
bila yang tersayang
meninggalkan kita
padahal
masih ada jalan
masih ada usaha
masih ada cara
menyelamatkan
nyawa itu

kami tahu
ajal maut
Kuasa Tuhan
tetapi kita harus
beriktiar semampu yang boleh
supaya boleh lagi
memeluk dia
membelai dia
mencium dia

andai kata
dia pergi
tak akan
kita rasa menyesal
kerana kita
sudah berusaha
tak akan
kita rasa ralat
kerana kita
sudah mencuba

kita akan gembira
bila tahu
dia tahu
betapa kita
menyayangi dia
betapa kita
sanggup berkorban
demi dia
dia akan bahagia
hingga hujung nyawanya...

6 comments:

bidadarindu said...

kita semua sepakat, di kampung hai pening lalat..

Hafidzin said...

sepakat membawa berkat..

rositahmdzain said...

sedihnya bca n3 ni. rasa nak meleleh airmata. x sanggup rasanya nak biarkan peluang menabur bakti pada insan yg dikasihi yang masih ada dgn kita berlalu begitu saja. x sanggup tgk Mak sakit tanpa kita berusaha mencari jln menyembuhkan. Bila tgk Mak, uda tingat masa uda kecik2 dulu dok ikut Mak p bendang. Makteh pun penah ikut jgk. Bila dah besar sikit ikut Mak p rmh Chu Meh,( mak jual bendang kat Chu Meh, dah arwah ) sbb nak skolahkan kami adik baradik. Kan ada skolah melayu kat 300 tu, tpi Mak x hantar p skolah tu sbb nak kami belajar skolah orang putih. Yuran agk mahal la waktu dulu kan. Tambang bas lagi, tapi Mak usaha gak cari duit. Mak p motong getah. Mak pajak bendang. Kesian Mak susah payah cari duit nak skolahkan anak2. Alhamdulillah..uda pun dah keje walaupun x pangkat besar. Tapi uda betul2 menyesal sbb x blajar sungguh2 masa ada peluang. Mana tau kan entah2 jadi Pengarah jabatan apa ke..berangan:-P

Hafidzin said...

baca komen uda tu sayang lak rasa nak meleleh air mata.
apa2 pun, kita dah sepakat, InsyaAllah, mak akan sihat mcm dulu2...

bidadarindu said...

jgn sedih2...nnt nangis batal puasa..buat yang terbaik selagi termampu...dah usaha, berserah n bertawakkal jek pada Allah..

cuba perbaiki diri kita dan tingkatkan amal ibadat dibulan yang mulia nie..berusaha menjadi muslimin dan muslimat yang soleh dan solehah...insyaAllah kita akan mendapat keredaaan dari Allah s.w.t di dunia dan diakhirat...

p/s: pesanan ini ditujukan khas untuk diri saya sendiri yang serba kekurangan ini..(saya pun bukan perfect sangat nak nasihatkan org lain macam ustaz...)buat pembaca lain boleh ambik sebagai panduan hidup...

Hafidzin said...

insyaAllah....amin..