Wednesday, August 18, 2010

seminggu berpuasa

Diam tak diam dah seminggu kita berpuasa. Masih teringat kemeriahan berbuka puasa minggu lepas di KL - riuh rendah & meriah ngan macam2 makanan. Bila balik rumah sendiri bukan tak terasa keindahan bulan ramadhan tetapi rasa sunyi. Masa berbuka & bersahur rasa sepi aje.

Menu berbuka pada hari ini, gulai daging (permintaan suami & Awatif), kacang panjang goreng & telur dadar. Simple aje - masak sikit2 aje pasal tak ada yang nak makan banyak pun. Kurma ayam & sambal tumis udang tu masih ada dalam peti ais. Tak habis pun padahal masak bukan banyak mana pun. Masak nasi untuk berbuka & sahur 2 pot pun tak habis. Puasa2 ni suami pun tak makan banyak, Awatif lagi la, saya pulak em..em.. kan tengah berdiet he..he..

budak tak "kuasa" tengah makan nasi - sayang aje dia tak puasa pasal siang2 pun dia tak makan, cuma dia nak susu & minum air aje

paksa Awatif habiskan nasi dia

inilah hidangan berbuka kami sekeluarga pada hari ini

Hari ini Awatif tak pergi sekolah kerana demam - panas betul badan dia semalam & pagi tadi. Masa sahur suruh dia makan ubat, Alhamdulilah, sekarang dia badan dah tak panas tapi dia masih mengadu pening kepala. Entah kenapa, sejak akhir2 ni dia selalu pening kepala.

Alhamdulilah, setakat 4 hari ini saya "berjaya" masak sendiri hidangan untuk berbuka & bersahur. Mudahan angin rajin saya ini akan bertahan sampai ke akhir Ramadhan. Amin..

5 comments:

bidadarindu said...

org kaya pakai pinggan lauk plastik jek??he he..

p/s:emmmm....patut la kaya..pas nie nak pakai pinggan plastik gak la...

rositahmdzain said...

org kaya low profile..

Kaz said...

Tu bukan sebarang pinggan plastik tu. Anyway Fizin, best tgk Fizin masak sendiri utk berbuka. Ina cuma masak semasa hujung minggu sahaja. Hari lain jenuh dok memburu lauk kat kafe2 dlm kolej ni. Nak pi pasar Ramadhan pun tak sempat sbb balik lewat.

Hafidzin said...

pakai pinggan plastik tu ada sebab - kami anak beranak ni semuanya jenis lolaq - pakai kaca asyik pecah aje, jadi jalan penyelesaiannya pakaila pinggan plastik. tak risau dah kalau terjatuh ke, terlepas ke, terbaling ke kan????

Ina - bab masak ni fizin memang malas sangat2. masa tengok Wanita Hari Ini kat tv3 haritu, pasal masak untuk family berbuka puasa - baru la rasa sedar diri sikit. harap2 nya angin rajin ni bertahan sampai habis ramadhan.

Hafidzin said...

antara salah satu sebab fizin masak ialah boleh control makan - kalau beli tu macam2 kita teringin tambah2 kalau pergi pasar ramadhan. sepanjang fizin balik Kemaman nie tak pernah lagi pergi pasar ramadhan - sebabnya takut tak dapat control, nanti teringin nak makan macam2. tengah gigih nak diet nie - baju raya haritu beli saiz M takut kang raya nanti badan dah tukar saiz L - kan rugi tak leh pakai dah baju tu he..he..