Friday, August 6, 2010

selamat sampai rumah

Alhamdulilah, Awatif dah selamat sampai rumah. Terima kasih atas semua kerana mendoakan keselamatan Awatif sepanjang kem itu berlangsung.

Ambil dia pukul 12 tengahari tadi. Bukan main seronok dia cerita mengenai aktiviti2 kem, dia kata dia penat sangat pasal kena berlari, berjalan kaki ke sungai (nasib baik umi tak tahu kalau tak confirm umi tak kasi pergi), cuci bilik air (ini confuse sikit, ada kena mengena ngan solat ke?) dan macam2 lagi la. Dia bangun pagi tadi pukul 5.30 pagi untuk solat subuh & ceramah. Dia letih sangat tu tapi suruh tidur tak nak pulak. Semalam hidung dia berdarah lagi, rasanya mungkin pasal mandi tak basah rambut, dah la main2 tengah panas.







Tak sampai sejam balik rumah dah gaduh ngan umi. Dia nak main ngan kura2 tapi saya tak bagi. Dah la baru balik penat2, saya nak dia rehat dulu. Saya ada tengok dalam tv, rupa-rupanya kura2 ni boleh mendatangkan penyakit untuk budak2. Boleh kalau nak bela tapi jangan pegang sangat kura2 tu.

Pukul 9 semalam saja ronda2 kat sekolah dia, sunyi aje time tu, tapi nampak la 2-3 orang Mualimah kat Kantin, budak2 tak nampak pun. Suami kata mungkin dah tidur kot. Kami pun terus balik, kalau masuk pun memang tak boleh nak tengok. Tanya Awatif tadi, malam semalam ada aktiviti apa? Dia kata lepas Isyak tu ada ceramah. Mungkin masa saya pergi tu dia tengah dengar ceramah, patut la tak nampak sorang pun budak2.

p/s : beg isi toto tu habis terkoyak di buatnya.

4 comments:

bidadarindu said...

Awatif,papa x boleh bayagkan satu masa dulu masa kecik awatif penah tergelek2 menari dangdut...beza betul ngan skrg...muslimah sejati...

p/s:kalau ada rakam video dia menari tu mesti best ingat2 balik...

rositahmdzain said...

Comelnya kartun kat tepi ni..kumat kamit je mulut tu sruh komen entry. Syg la kononnya tu ek?
Yang, tu baru satu mlm awatif tdo kat skolah ayg dah sunyi sampai p ronda2 kat skolah. Bygkan uda anak2 blajar jauh, 3 org serentak, lg sunyi. Nasib baik yg kerja 2 org dok d rmh. Nanti kawin lain cerita la kan..x sabar nak g KL esok.

sayang said...

Papa :- time dia menari tu bateri abis, x sempat nak ambik. itu yang ralat sgt tu..

Uda :- he3...mungkin esok pun syg p KL gak, risau ngan mak.

myra said...

ni maksu : no komen!