Sunday, August 15, 2010

sahur pertama di rumah sendiri



Dengan gigihnya (semangat tu) saya bangun pukul 4 pagi tadi untuk siapkan sahur. Tak la masak special sangat, cuma buat sup suun pucuk , goreng bergedil (ibu buat semalam - tapau dari rumah kakak) & hotdog cheese dan rebus telur masin. Suami makan nasi beriani yang tak habis semalam.

Rasa sunyi aje sahur pagi nie, kami 3 beranak aje, adik tidur - kalau di KL tu riuh rendah. Masa di KL tu pukul 5 baru bangun & hidangan dah tersedia di meja, bibik Is yang buatkan. Tapi bila dah balik rumah sendiri tu, sendiri la yang kena buat. Tapi tak apa, dapat pahala tu kan? he..he.. ayat untuk sedarkan diri dari jadi malas....

Saya nekad nak masak untuk berbuka & sahur sepanjang bulan puasa ini. Bila tengok rancangan Wanita Hari Ini 2-3 hari yang lepas, rasa bersemangat & berkobar2 nak masak bila balik rumah. Tapi hari ini di kecualikan kerana nak ngemas rumah & lipat baju2, esok baru nak mula memasak. Bila rumah dah kemas, baru la senang hati nak masak.

Saya tabik betul pada ibu2 yang tak bekerja mahupun yang bekerja - yang rajin memasak untuk suami & anak2. Saya bab memasak ni memang malas betul.

p/s : teringat kenangan sahur waktu kecil2, masa sahur makan nasi meleleh air mata kerana sakit kena cubit ngan ibu, kenapa? pasal tak nak makan, siap gaduh ngan kakak lagi pasal nasi dia sikit, nasi saya banyak. bila dah ada anak sendiri, baru tahu & faham kenapa ibu cubit bila tak nak makan nasi...

p/s : mudahan niat nak memasak tu akan berterusan...

1 comment:

rositahmdzain said...

huhu..sunyi dan sedih rasa tgk suasana sahur di rmg syg. Tapi xpela nanti dtg lg. Uda pun nak kena balik gak satgi tp xtau kul brape. Pg td kul 7.15 antar ain blk kolej sbb kul 9 ni dia test. Mak baru sudah mandi, ibu dok siap sarapan kat mak. Lupa nak gtau smlm yan n saiful mai tp dh kul 11.40. Mak,ibu n kakak anak branak dah tido. Anak2 dara semua keluar ngn Pak uda n abg li p uptown. Farah n ain x ikut. Geram tgk cinta..comel sgt.