Monday, August 16, 2010

rajinnya..

air tembikai buat sendiri


suami & Awatif tengah berbuka

menu berbuka hari ini


Saya amat bangga ngan diri sendiri hari ini. He..he.. Kenapa? Dengan rajinnya saya memasak 4 jenis lauk iaitu kurma ayam, sambal tumis udang, tomyam ketam & sayur bayam air. Sila kagum ok. Dari pukul 4 petang masuk dapur - pukul 6.30 petang baru habis. Dah habis masak & kemas dapur, baru la rasa lenguh satu badan - itu tandanya memang badan dah jadi malas, buat kerja sikit aje dah lenguh2. Yang sebenarnya saya masak banyak jenis lauk tu (orang lain masak lebih dari tu tak kecoh2 pun kan?) kerana nak habiskan stok dalam peti ais tu. Udang, ketam & ayam dah berminggu2 beli tapi sejak sebulan ni kan jarang ada kat rumah, asyik ke KL tengok mak sakit jadi tak ada masa nak masak bahan2 tu. Takut lama2 nanti busuk, saya pun rajinkan diri masak jugak. Itupun ketam dah tak sedap, suami tak makan & tak bagi anak2 makan kerana takut sakit perut. Saya bedal aje - memang rasa semacam sikit tetapi kerana suka sangat2 ketam, telan aje la. He..he..

Esok nak masak asam pedas ikan parang pulak. Ikan parang tu beli dah 2-3 minggu lepas. Selain tu tinggal ikan kembung aje lagi 4-5 ekor. Mulanya ingat nak buang aje ikan2, ketam, udang & ayam tu pasal dah lama tetapi ambil berkat bulan ramadhan nie - tak baik buang makanan, rezeki tu.....(padahal sebelum pergi KL last week satu bungkus ikan & udang kena buang pasal dah lama sangat).

Kesimpulannya - kalau malas nak masak, jangan rajinkan diri pergi market kerana bila sampai kat market tu tengok ikan2 jadi rambang mata, semuanya nak beli padahal tak sedar diri tu malas nak masak.

Agak2 nya suami puji atau tegur saya tak kerana saya rajin memasak hari ini??? Jawapannya dalam mimpi kot hu..hu...

No comments: