Saturday, August 7, 2010

raikan besday & tiket bas

Baru balik dari Kuantan. Ada 2 sebab kenapa pergi Kuantan hari ini :-

1) celebrate birthday saya
Walaupun lewat 4 hari, saya tak kisah, janji dapat bersama ngan suami & anak2. Tak la grand mana pun, cuma tengok wayang & makan2 aje.

2) beli tiket bas
Isnin ni mak kena buat operation by pass. Stem yang Hospital Lam Wah Ee pasang 2 tahun lepas tersumbat, itu yang menyebabkan jantung mak bengkak. Risiko besar kalau tak buat segera antaranya otot2 akan banyak yang rosak. Apapun ajal maut di tangan Tuhan, kita hanya mampu berusaha & berikhtiar agar mak sembuh. Itulah jalan yang ada untuk buat mak sembuh walaupun tak sepenuhnya. Saya akan duduk sana selama seminggu untuk teman mak & ibu di hospital. Yang lain2 tu bekerja & ada tanggungjawab masing2, mujur suami amat memahami. Rasa bersalah jugak kerana tinggalkan dia seminggu tambah2 nak sambut ramadhan Rabu ini. Esok saya & anak2 ke KL naik bas pukul 3.30 petang. Cuti suami tinggal 11 hari saja lagi, nak simpan untuk raya & family day di Melaka nanti.

Kat Station bas, tengah cari tiket. Hampir setengah jam dok merayau2 cari tiket yang waktunya sesuai & ada 2 + 1 seat. Last sekali ambik yang bas Plusliner yang 2 tingkat. Saya amat takut nak naik bas 2 tingkat tetapi anak2 bukan main suka. Belum naik lagi saya dah rasa debar2 macamana la esok ya?...




Tengok wayang cerita The Sorcerer's Apprentice. Lepas tengok wayang tu, sepanjang perjalanan adik buat action sihir yang keluar api kat tangan tu he..he.. Dia tanya saya boleh tak kalau adik ada magic? boleh tak kalau adik ada super power? he..he.. Budak2 cepat sungguh terpengaruh.

Sebelum tengok wayang, kami alas perut makan kat Johnnys - makan bihun tomyam 1 & ginger fried rice 1, share 4 orang. Lepas tengok wayang baru nak makan betul2 he..he.






Lepas tengok wayang baru la pergi makan steamboat kat ntah apa nama restorannya. Rasanya baru buka kot. Suami cari dalam internet. Buffet seorang rm19.90 untuk dewasa & rm9.00 untuk kanak2 berumur 7-12 tahun. Adik tak dikenakan bayaran - kalau kena charge pun rugi aje pasal makan tak banyak mana pun. Nasib baik free. Yang ok nya restoran ni, pilihan banyak, ketam ada, udang ada & macam2 la, yang tak ok nya tomyam & supnya out - tak sedap langsung, masin sangat2. Nak complaint kat tuan punya kedai macam tak best pulak jadi kami pun makan aje la. Tapi rasa rugi sangat2 pasal kami makan sikit aje pasal tomyam & sup masin. Saya banyak makan ketam aje tanpa hirup kuah.










Sebelum balik singgah masjid - solat Asar. Terjumpa nota ni - buat ingatan untuk saya & semua. Kadang2 terlupa tambah2 bila dok seronok bergosip tu, kadang2 azan pun tak dengar he..he..




p/s : seronok la uda, dah sampai KL ngan farah, tentu dah ramai orang berkumpul kat rumah mak su tu..

p/s : tolong doakan saya & anak2 selamat sampai ke KL esok. berdebar2 nak naik bas nie, walaupun ni bukan pertama kali (rasanya dah 3 kali), tetapi masih tetap rasa dup dap dup dap....

p/s : anak2 ponteng sekolah 4 hari, esok anak2 pergi sekolah. lepas balik sekolah baru pergi KL. tak apalah, sepanjang seminggu kat sana, kakak kata boleh hantar anak2 ke sekolah kakak.

1 comment:

Kazrina said...

Ina doakan semoga Toksu selamat menjalani pembedahan. Beruntung Toksu dikelilingi oleh anak cucu menantu dan cicit yg sangat bertanggungjawab.