Tuesday, August 10, 2010

perabis duit he..he..

Pagi tadi tanya ibu boleh tak kami (saya & kakak) keluar pergi ambil baju kat Flower Girls memandangkan hari ini free, lagipun mak pun ok aje hari ini
(walaupun masih lemah pasal kurang makan & minum)
sebelum tu call Mak Su tanya nak ikut kami tak pasal haritu
Mak Su kata nak tempah baju jugak

Sebelum kami keluar pergi KFC
Awatif nak sangat makan, pujuk2 makan sushi pun tak nak
tak selera sungguh nak makan KFC tetapi anak punya pasal
terpaksa la jugak
bawa semua anak2
1) nak bagi mak rehat kat rumah
diam & aman kat rumah bila anak2 tak ada
jadi mak boleh tidur ngan lena
2) dah janji nak celebrate birthday Awatif
Isnin lepas 9/8 tu ada kat Hospital
malam baru balik




Lepas makan terus pergi rumah Mak Su
anak2 boys tinggal kat rumah Mak Su ngan Uncle Amir
Sebelum pergi Flower Girls singgah sekolah
ambil Afiqah & Mira

Lepas tu terus pergi Flower Girls
tapi sebelum tu tiba2 aje (he..he..) gelak dulu
jumpa kedai baju yang ada discount sampai 90%
tak pernah perasan pun kedai tu walaupun
selalu pergi Flower Girls
tauke tu kata dah 10 tahun kedai tu di buka
memang hari ini dah termaktub yang kami
akan habiskan duit untuk beli baju
kat kedai tu he..he.. sambung lagi gelak....
tapi bukan kami saja
Mak Su pun join jugak...




Lepas perabis duit (sikit je) kat kedai baju tu
kami pergi la Flower Girls
baju yang kami tempah untuk Awatif & Balqish
kena alter kat tangan
besar & kembang sangat





Tengah ukur size Mak Su
Mak Su ikut fesyen sama macam kami
cuma kain lain - tema PINK
untuk raya ke 2






dalam kereta anak2 letih sangat
semua tidur ngan lena
nak singgah Jaya Jusco beli kek
pun tak terbeli lagi
janji nak beli kek untuk Awatif
birthday dia semalam


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
SEMOGA TAHUN INI AMALAN KITA
LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA
INSYAALLAH.....

No comments: