Friday, August 27, 2010

nebulizer

Puas malam semalam dapat tidur ngan nyenyak & tanpa gangguan. Kalau di Hospital tu, kejap2 nurse datang check demam la, bagi ubat la, bagi nebulizer la - elok nak lelap aje mata, dah diorang datang, pastu nak lelap balik bukannya senang.
Bangun pukul 4 pagi untuk siapkan sahur. Kesian Awatif - sepanjang dok kat Hospital dia sahur makan maggie & roti aje. Walid ajak dia pergi kedai mamak 24 jam dia tak nak pasal dia kata dia ngantuk sangat. Nak beli nasi awal2 - bila time nak sahur tu nasi dah rasa lain macam. Takut nanti dia sakit perut pulak.
Sahur tadi tak la hebat pun - cuma ikan bilis goreng dan telur hancur aje. Suami tak makan nasi - makan murtabak aje.
Lepas sahur - kemas dapur sikit2 - banyak kerja yang kena buat setelah tinggalkan rumah - baju banyak betul nak kena basuh. Jenuh pulak nanti nak melipatnya. Nasib baik hari ini panas - selesai kerja membasuh & menyidai hari ini. Cuma melipatnya yang kena tangguh dulu.
Hari ini saya buat facial - saja nak relaxkan badan & muka setelah berjaga kat Hospital tu. Appointment saya pukul 1.30 tengahari - time tu suami pergi sembahyang Jumaat - hari ini cuti Nuzul Quran. Jadi saya kena bawa anak2. Lepas sembahyang suami ambil anak2 kat tempat facial saya tu.
Petang kami anak beranak pergi pasar ramadhan - suami beli nasi beriani batu pahat, anak2 nak mee sup. Saya beli rojak.
Selepas terawih nanti nak kena bawa adik pergi buat nebulizer.

1 comment:

bidadarindu said...

macam laporan karam singh walia la pulak...moga aisy cepat sembuh...