Monday, August 30, 2010

neb

Hari ini adik dah sihat - memang plan nak hantar dia pergi sekolah hari ini tetapi kerana Umi dok sibuk mengemas rumah sampai terlupa anak sekolah. Sedar2 dah pukul 10 pagi. Rajin sungguh Umi ya hari ini - ntah angin mana yang datang bertiup kat badan Umi nie he..he..

Masa menaip ni pun badan dah letih & mata dah ngantuk. Dari pukul 4 pagi tadi tak tidur. Alhamdulilah, banyak kerja rumah yang dah selesai. Cuma baju aje yang tak packing sepenuhnya lagi. Hari Jumaat ni dah nak pergi KL tetapi apa2 pun tak ready lagi. Sebenarnya yang tak packing baju tu pasal tak ada mood? Pasal apa tak ada mood? Pasal banyak baju raya yang tak beli lagi wua..wua...

Ni baru balik dari Klinik, Awatif buat neb. Alhamdulilah, malam ni last. Esok dah tak payah buat dah. 4 hari berturut-turut ulang alik ke Klinik. Adik semalam last neb. Minta2 lepas ni tak ada la anak2 yang sakit lagi.


kuih raya yang ambil semalam kat Kerteh, beli 3 jenis aje, untuk tetamu yang datang rumah nanti lepas raya, beli banyak2 pun bukannya habis pun, anak2 pun tak makan sangat

si baju merah tu bila sihat, bukan main, masa kakak buat neb, dia keluar masuk bilik sampai Umi tinggikan suara - mujur tak ada orang time tu..

no camera please, nyampah betul Umi ngan skrip nie..


kesian kakak, dia dok ngadu nafas dia sempit, bila check tadi Dr kata paru2 dia dah ok, mungkin sebab kahak banyak tu yang dia rasa susah nak nafas, Dr bagi ubat untuk cairkan kahak

p/s : amboi, meriah betul time buka puasa tadi kat Wardieburn Kem tu, penuh satu rumah ngan tetamu2 dari Sungai Merap (tak campur lagi ngan tetamu2 tetap dari Cheras tu he..he..), rumah tu sentiasa ada tetamu, seronok la, Awatif & Aisy dok jeles aje kat Balqish & Robin pasal selalu ada kawan, kami kat sini 4 beranak aje la, sunyi sepi..


No comments: