Friday, August 20, 2010

kena warded???

Dari pagi tadi demam adik tak kebah2 walaupun dah berapa biji ubat masuk dalam b**tot dia. Biasanya bila ubat dah masuk, lepas sejam tu dia akan berpeluh sikit, kalau nak demam balik pun lepas 2-3 jam, tapi sepanjang hari ni, badan dia panas aje memanjang & tak berpeluh langsung.

Yang lagi merisaukan tu dia baring & tidur aje, cakap pun tak banyak. Dari pagi tadi minum susu 1 botol aje pastu minum air kosong sikit. Masa berbuka puasa suami suap koew teow sup - dia makan la 2-3 mulut pastu tak nak dah. Masa nak pergi klinik lepas Isyak tu, dia kata nak makan ayam KFC. Jadi lepas register nama kat Klinik, bawa la dia makan KFC. Bukan banyak pun dia makan, adalah 5-6 mulut. Banyak kali jugak dia muntah hari ini.

Orang ramai sungguh kat Klinik - hampir sejam jugak la kena menunggu. Musim budak2 demam sekarang nie, mungkin keadaan cuaca yang tak menentu. Lepas Doktor check aje dada dia, Doktor terus kata kena warded nie. Makan ubat dah tak jalan. Pastu check suhu badan dia - 39.6 - tingginya, patut la badan dia panas sangat2 & kaki tangan sejuk sampai jadi biru. Terus Doktor suruh bukakan baju dia & suruh mandi 20 kali curahan air sejuk time tu jugak. Pengalaman pertama tu mandi kat Klinik. Selalunya kalau kat Klinik lain kena balut ngan kain basah aje. Tapi tak apa, tak kisah la asalkan adik sihat - adik pun diam aje bila kena mandi - kalau kat rumah sure melalak dah sejuk.

Bila dah selesai mandi, kena duduk dalam bilik aircond selama 20 minit sambil buat nebulizer. Mengigil gak dia masa tu tapi langsung tak nangis. Doktor suruh pagi2 esok lepas Subuh terus pergi Kuantan Specialist. Lepas dah keluar bilik Doktor, adik bisik kat Umi, "adik rasa nak pengsan", kesian anak Umi, memang nampak dia lemah sangat dari pagi tadi. Muka pucat aje..

masa ni dia tengah mengigil, kaki tangan sejuk jadi biru dah, baru lepas mandi, tengah buat neb

kat KFC, baru sehari tak makan, dah nampak cengkung muka dia

masa ni nampak pucat sikitkan muka dia??

kat umah, asyik tidur aje

kesian anak Umi...
p/s : hari ini tak masak apa2 pun, adik jadi merap, kena duduk sebelah dia aje sepanjang hari.
p/s : nak kena berkampung lagi ke kat Hospital nie? bau2 Hospital masa teman mak hari tu pun tak hilang lagi - ni nak kena berkurung lagi dalam wad, dalam bulan puasa lak tu. tapi tak apa, dugaan tu, yang penting adik kembali sihat seperti biasa.



No comments: