Thursday, August 5, 2010

Kem Bina Solat

Hari ini Awatif ada Kem Bina Solat di sekolah, murid darjah 3 wajib hadir. Bukan tak nak bagi dia pergi tapi yang problemnya dia kena tidur kat sekolah malam ni. Macam was2 aje nak bagi dia pergi tapi dia nak sangat2 join. Memang boleh kalau dia tak pergi, boleh minta surat doktor kata dia ada asma tapi kesian pulak kat dia yang beriya2 pujuk saya supaya bagi green light.

Kalau setakat belajar solat saya tak kisah tapi saya difahamkan ada juga sukan. Itu yang saya risau tu. Saya dah pesan kat dia kalau rasa tak sihat aje terus suruh Mualimah cal umi & nanti umi terus ambil dia kat sekolah. Risau betul ngan keselamatan dia, satu2nya anak perempuan kesayangan saya..

Dah 2-3 hari sibuk suruh saya kemaskan barang2 dia, dah beberapa kali dok suruh, sekali kena tengking ngan saya baru diam he..he.. bukannya apa, yang nak tidur tu hari Khamis tapi hari Selasa dah sibuk suruh packing. Sekali dua boleh la tahan tetapi dah banyak kali nak kena "ribut taufan" la tu he3....

Baru petang dia bagitahu kena pakai kasut sports & baju tshirt yang labuh ala2 muslimah tu. Kelam kabut tadi kami pergi cari - kebetulan hujan lebat pulak petang semalam - habis basah kuyup kami anak beranak dalam pencarian baju muslimah tu. Asalnya kena ada 4 helai tapi beli 2 helai aje, yang lagi 2 tu pakai baju sukan sekolah aje. Jenuh kalau nak beli sampai 4, sepasang harga rm35, kalau 4 dah berapa? Setakat nak buat baju sukan pun dah seratus lebih, baik duit tu beli baju raya je kan? Alasan tak boleh pakai tshirt yang pendek - takut nanti lari2 terselak nampak perut & belakang, konsep menutup aurat memang penting kat sekolah tu tapi sekurang2 bagi la "warning" dulu kat parents nie kan?...

Barang2 yang dah siap di packing tadi - siap bawa toto & bantal lagi..



Antara barang2 yang kena bawa baju aktiviti 4 helai + seluar, baju kurung sepasang, tuala, kain batik, telekung, tudung, baju basahan untuk mandi, selimut, baju tidur



Kasut sports baru beli



Tudung baru beli online



Telekung baru beli online jugak



p/s : Awatif kena tidur semalam aje, hari Jumaat pukul 12 tengahari dah boleh ambil dia tetapi macamanapun tetap risau gak. Minta Wan Uda, Papa, Umi Mira, Umi Wani, Umi Ain, Umi Juwa, Umi Dia, Umi Fiqah & Aunty Ina serta sesiapa jugak DOA Awatif sihat & selamat sepanjang kem tu berlangsung & sampai la dia balik ke rumah, terima kasih...

6 comments:

rositahmdzain said...

Pergghh..nak pegi 1 mlm je tapi packing barang cam nak dok sebulan..hik2. Yang, slipper dah bwk? Nanti nak ambil wudhu', kot la bilik air kat luar ke. Semoga awatif sihat masa pergi dan balik..amin. Cam nak g oversea plak..huhu

bidadarindu said...

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakanlah kepada Awatif nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi menghadapi kem bina solat ini...

Sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada segala mara bahaya semasa kem bina solat ini berjalan dan perkara-perkara yang mendukacitakan..Amin

sayang said...

terima kasih wan uda & papa

uda - dah bawa selipar, baju untuk buat mandi pun dah bawa. Kain batik pun ada. Saja sayang bagi dia bawa lebih baju aktiviti ngan baju tidur, kot2 basah ke apa ke...Memang besar beg dia, tadi Lan kata beg dia yang paling besar he3..

Bidadarindu - terima kasih atas doa tu..

Kaz said...

Biasalah kan Fizin, kita sebagai ibu ni mmg bimbang terlebih. Apapun Aunty Ina doakan agar Awatif selamat dan akan dpt byk manfaat dan pengajaran dari program ni. Dah besar dah dia ya.

sayang said...

Ina, fizin baru balik dari sekolah dia, x turun kereta pun, jengok2 macam tu aje. xnampak pun budak2, mungkin sibuk ngan aktiviti dalam kelas kot.

sayang said...

rasa sunyi betul dia tak ada kat rumah, adik pulak tidur awal malam nie, sunyi sepi aje sekarang nie..nak tengok tv pun x dak mood.