Monday, August 9, 2010

kat umah maksu







Lepas kakak ambil di Greenwood tu, singgah kedai mamak makan cheese roti nan. Lepas tu terus pergi rumah Mak Su - ibu, mak & uda ada kat sana. Sampai aje umah Mak Su, tengok Atiqah & baby ada - uda pergi ambil kat umah Nyah pasal mak nak tengok Atiqah & baby.

Saya & kakak selalu selalu usik si Adam nie - "kesian kecil2 dah jadi abang" he3.. Kena marah ngan mak bila kami cakap macam tu, mak kata anak2 kan rezeki, mak memang dok suruh saya mengandung lagi, tak pa mak, nanti2 ya mak....he..he..

Puas hati dapat cubit si Adam - lerai segala kekusutan dalam kepala nie bila dapat cubit & gigit dia ha..ha.. Tapi Adam tak boleh marah Umi Su, kan Umi Su suap Adam makan nasi tadi kan?.. upah Umi Su la cubit Adam tu...




Kami berkongsi tarikh lahir yang sama..


p/s : minta maaf kerana terpaksa "menyakitkan" leher anda dengan melihat gambar2 yang tak boleh nak rotate nie...

p/s : terpaksa mengorbankan mata yang mengantuk ni untuk update blog, dah siap sedia nak ke Hospital, tengah tunggu Kakak siap kerana dia baru bangun tidur.

p/s : mak & ibu bertolak ke Hospital dari rumah Maksu - naik kereta ngan uda & farah.

p/s : saya akan teman ibu tidur di Hospital malam ni & berikutnya.. InsyaAllah...

p/s : Doakan pembedahan mak petang ni berjalan lancar & selamat..Amin..

p/s : berapa banyak p/s da...

2 comments:

Kazrina said...

Semoga Mak selamat dibedah dan kembali sihat walafiat seperti sediakala.

sayang said...

terima kasih ina

operation tu kena postponed ina sebab masalah buah pinggang mak. Doktor takut nak ambik risiko, tengok hari Khamis ni macamana. Kalau ok boleh terus buat, kalau tak ok, kena tangguh lagi...

kalau keadaan mak tak ok, mungkin kami semua kena beraya di KL. Mudahan semuanya berjalan ngan lancar seperti yang kita rancangkan.