Thursday, August 12, 2010

hari pertama puasa

Tengah siap2 nak bawa mak pergi hospital. Pukul 7.30 pagi kena keluar rumah dah. Kena keluar awal pasal takut jem. Area hospital Pusrawi memang kawasan jem teruk. Pukul 8.30 pagi kena ambil darah. Bab ambil darah tu yang risau pasal susah sangat nak dapatkan urat mak. Selalu kena cucuk banyak kali baru dapat - kesian mak, sakit tau.

Uda baru sampai pukul 3.30 pagi tadi - naik bas dari kampung.

Mudah-mudahan mak dapat jalani angio jantung tu hari ini. Kami semua amat risau.

Alhamdulilah, Awatif dapat berpuasa penuh semalam. Walaupun merengek lapar & dahaga tetapi dia teruskan jugak. Iyalah, dah besar pun. Adik pukul 10 pagi dah berbuka. Kejutkan dia sahur tetapi dia tak nak bangun. Tetapi malam tu ajar jugak dia niat puasa. Nanti bila balik rumah baru nak ajar dia betul2 puasa. Kena ajar waktu dia cuti.

Selepas ambil anak2 kakak mengaji terus kami ke Pasar Ramadhan. Kakak baru berniat ngan sungguh2 tak mau pergi Pasar Ramadhan tahun ni tetapi alih2 hari pertama dah terjah ke sana. He2... Saya la yang tukang ajaknya.....

Bawa Awatif supaya dia dapat pilih apa yang nak di makan & minum masa berbuka tadi. Macam2 kuih yang dia nak, antaranya karipap, buah melaka, ketayap & agar2. Air pulak air longan & air mata kucing. Saya rambang mata ngan jualan yang pelbagai, macam2 ada. Saya beli laksa, bihun goreng, rojak singapore & ayam percik. Rm50 habis jugak la. Tapi ianya tak membazir ya pasal semua makanan yang di beli habis.

Masa berbuka tu lupa nak snap gambar. Dah habis semua kenyang baru teringat.

1 comment:

bidadarindu said...

di doakan agar semuanya dalam keadaan selamat...Amin..