Thursday, August 26, 2010

hari pertama di Kuantan Specialist

Masa kat rumah, badan adik dah tak panas, jadi saya & suami memang ingat tak akan kena warded. Tapi tiba2 aje bila sampai aje kat hospital, badan adik terus panas sampai naik ke 39.6 - mata dia dah kuyu, tengok dia pun dah tahu dia tak larat. Bila dah jadi macam tu - memang confirm akan kena warded.

Bila Doktor periksa suhu badan dia & check dada dia terus Doktor kata kena warded tapi masalahnya tak ada bilik yang kosong. Semua bilik full - musim budak2 demam sekarang kerana cuaca yang tak menentu. Siang panas bahang tetapi petang hujan lebat.

Sementara nak dapat bilik, kami kena duduk dalam waiting room - nak jadikan cerita pulak, Hospital tu dalam proses renovation bilik bedah - betul2 sebelah waiting room tu. Bunyi bising sangat2 - rasa rimas betul.

Tapi mujur kejap aje - lepas tu kami berpindah ke bilik katil 4. Wad kanak2 - sebelah katil kiri tu baby - depan katil tu budak dalam umur 3 tahun. Bising bukan main. Biasalah budak2 kalau sakit - tentu meragam aje. Tapi adik memang tak selesa - dari dia diam aje - terus dia nak ngamuk pasal tak boleh nak tidur - bising sangat ngan budak2 yang nangis. Tapi nak buat macamana kan? Bilik single tak ada yang kosong. Pujuk adik baik2 - nasib baik dia faham. Lagipun masa tu dia dah tak larat - badan pun lemah aje. Tepuk2 dia - dia pun tertidur tapi tak lena sangat.

berbuka di hospital pada hari pertama (Sabtu 21/8/2010)
Awatif makan nasi goreng, suami nasi beriani - beli kat Pasar Ramadhan Kuantan

keadaan dalam bilik single

masa ni adik dah ok sikit pasal dah dapat bilik


kesian adik - kena masuk air 5 peket

masa ni dalam bilik 4 katil - tengok muka adik - kesian kan?

tengah boring nie

masa ni adik dah penat sangat - nak merap aje

adik ngan kakak yang selalu masuk keluar Hospital

dalam waiting room - masa ni bising bangat...

Awatif terlena - time ni tengah tunggu Doktor
masa kat Klinik Doktor dah cakap tak payah g Klinik Pakar
tapi terus pergi ER tapi kami mandai2 kata adik dah ok
hampir 2 jam tunggu Doktor datang
time tu adik dah demam & penat
menyesal tak ikut cakap Doktor Klinik

Memang dugaan betul bulan puasa tahun ini. Walaupun ini bukan kali pertama kami berkampung kat Hospital di bulan puasa tetapi rasa letih sangat. Malam pertama tu suami & Awatif balik rumah kerana esoknya suami kena uruskan hal sekolah adik. Nak kena register adik di sekolah Kerajaan - Sekolah Rendah Chukai - mana tahu kot2 adik tak lepas untuk ke Sekolah Al Amin. Lepas tu nak kena pergi pulak Sekolah Al Amin buat rayuan supaya interview adik dapat buat di hari lain kerana adik kena warded.

No comments: