Thursday, August 26, 2010

hari ke 4 di Kuantan Specialist

Masuk hari ke 3 nie - anak2 dah tunjuk perasaan - asyik nak balik rumah aje - tambah2 si kakak tu - buat perangai sungguh. Dia dok luah perasaan kat Walid yang Umi ni tak peduli kat dia, asyik layan adik aje. Aduhai! anak Umi, dua2 anak Umi, Umi sayang..

tengok Awatif kat belakang tu - masa ni tengah ngamuk sakan nak balik rumah

adik pun ngamuk kejap nak balik tetapi bila kata kat dia - adik la punya pasal kena dok kat spital, dia senyum sambil cakap "ops, sorry" he..he..macam2 la perangai anak2 Umi



Kereta kontrol yang Walid beli untuk anak2 - untuk adik kesian pasal sakit, untuk kakak - kesian pasal boring.

kereta adik yang no 2


kereta pertama jatuh - pecah jadi macam gini


kereta Awatif

Aksi2 boring dalam bilik.






Masa buat fisio hari ke 2.






Sempat lagi petang tu beli baju melayu kat adik & robin hari tu - kena minta kebenaran kat Dr dulu. Lepas beli baju, ingat nak pergi jalan2 kat Megamall tetapi adik tak larat dah. Kesian dia. Sebelum tu singgah Tunas Manja beli kereta kontrol baru kat adik. Yang hijau tu dah pecah.
p/s :- hari tu suami ngan Awatif buka puasa kat Hotel - office suami yang anjurkan - saya & adik tak ikut.

1 comment:

rositahmdzain said...

hari2 uda buka blog w/pun tahu xkan ada n3 baru sbb tuanpunya blog kat spital, tp saja bukak jgk. Nak lepas rindu..smlm ngantuk tido awal so x bukak la.