Tuesday, August 31, 2010

cuti Merdeka

Inilah sebahagian aktiviti kami sekeluarga sempena cuti hari kemerdekaan hari ini. Banyak duduk kat rumah aje, bersantai. Saya dari pagi tadi iya2 nak start packing baju tetapi sampai dah malam nie, masih belum sentuh lagi timbunan baju2 tu, dah keluarkan baju2 tu cuma nak susun dalam beg aje belum.


suami & Awatif tengah berbuka, senang hati bila dapat pujian " sedapnya sup Umi masak" he..he..


sup tulang satu periuk, tak banyak mana pun, tulang sekilo aje, sejak keluar spital last week, baru hari ini ada angin nak memasak, tupun kerana nak habiskan bahan2 dalam peti ais tu, hari Jumaat ini dah nak pergi KL, tiket bas dah beli, naik bas dari Kuantan ke KL pukul 8.30 pagi.


suami nak tukarkan mentol lampu dalam bilik Awatif, saya tolong jagakan tangga tu supaya stabil, siling bilik tinggi, tangga kena letak atas kerusi perahu baru suami boleh capai lampu tu, bahaya kan? tapi tak apa, saya kan ada berjaga2 tu?


suami memang tak suka tengok ada lampu yang tak berfungsi, selalunya saya la penolongnya, penting jugak tugas saya tu, he..he.. Gambar kelabu di sebabkan tukang snap tu dalam bad mood lepas kena cubit ngan Umi, kenapa? pasal duduk tak diam sangat, melompat sini sana, Umi takut dia letih ke apa ke, lagipun Dr dah pesan dia jangan aktif sangat, takut semput kang..


sempat keluar kejap pergi bandar Kemaman cari songkok & sampin adik, ramai sungguh orang, nak jalan dalam The Store tu pun kena Q, nak parking kereta ambil masa setengah jam, sempat snap masa adik try songkok aje, masa try sampin tak leh nak snap, orang berduyun2, sampin siza L rm15 murah ke mahal?

No comments: