Friday, August 27, 2010

cerita adik sakit



Nak cerita pasal keadaan adik kat hospital selama 6 hari tu.

Hari pertama (Sabtu)
Masuk wad bilik katil 4 dah tengahari. Masa ni badan adik memang panas. Tapi dah 3-4 jam kat dalam wad, Nurse tak datang pun bagi ubat. Tunggu2 tak datang jugak, adik lak time tu memang dah gigil - kaki tangan sejuk. Ngan keadaan bilik bising ngan budak2 nangis, bising ngan renovation - maka lagi teruk la keadaan adik. Saya terpaksa panggil Nurse minta ubat - hampir sejam jugak la tunggu ubat - alasannya tunggu arahan dari Dr. Ramai patient. Bila petang tu baru Dr datang untuk cucuk tangan adik & masukkan air. Adik tak mahu makan & minum. Tapi Dr tu memang baik & lembut. Lepas cucuk tu kena ambil darah & buat Xray. Selalunya adik ngan Dr Abdullah kat Kuantan Medical Centre(KMC) tapi bila Awatif masuk Kuantan Specialist (KS) bulan 2 @ 4 haritu & jumpa Dr Siti Noor ni terus suami suka. Lagipun Dr perempuan senang sikit - bila check kat bilik tak payah la kita kelam kabut cari tudung. Masa kat KMC dulu selalu gak terbabas - Dr Abdullah masuk tak sempat nak pakai tudung. Lagi 20 minit macam tu baru dapat bilik single. Lega betul. Bukanlah nak berlagak ke apa tetapi dah ada kemudahan kan? Mentang2 la Petronas bayar he..he...

Keadaan adik tak berubah - demam tak kebah2 jugak. Dr kata memang ambil masa sekurang-kurangnya 48 jam untuk baik demam kesan dari jangkitan kuman kat paru2. Batuk pulak tak teruk sangat - sekali sekali je dengar dia batuk.

Hari ke dua (Ahad)
Adik masih demam - walaupun bagi ubat b**tot - demam dia masih tak kebah2 tapi kali ni ada la jugak dia berpeluh kejap tapi lepas 10 minit macam tu badan dia panas balik. Setiap kali check suhu badan dia mesti 39 - mujur tak sampai 40 - takut kena sawan aje. Saya memang takut betul. Dia memang merap sangat2 - mudah jugak naik angin. Garang bukan main. Selalu marah Umi " Umi ni pekak ke? Umi nie tak faham ke? Umi nie tak pandai ke? " antara ayat2 dia bila marah. Memang garang - asyik moody aje.

Umi pun nak marah sangat pun tak boleh pasal tahu dia sakit - dah la sakit, makan & minum tak nak, dah tu tidur tak cukup. Faham sangat la kenapa mood dia macam tu.

Hari ke tiga (Isnin)
Dr dah cakap awal2 - sekurang2 nya kena duduk kat Hospital selama 7 hari untuk habiskan antibiotik. Saya memang dah agak - banyak dah pengalaman nie. Mana pernah anak dok Hospital 2-3 hari aje - paling kurang pun 5 hari.
Adik masih demam lagi tapi batuk makin teruk pulak. Mungkin ubat tu buat dia batuk untuk buang kahak2 yang ada kuman. Masalahnya adik tak pandai nak buang kahak - dia asyik telan aje, puas dah saya & Kakak fisio tu ajar tapi tak boleh2 gak.

Hari ke empat (Selasa)
Demam adik dah ok - Alhamdulilah. Tapi batuk adik makin teruk. Malam2 tidur tak lena pasal asyik batuk. Batuk basah. Kesian dia. Dia kena masuk air 5 peket. Dia kurang makan & minum jadi susah la dia nak baik. Tak ada tenaga. Kejap aje dia main2 pastu dia baring. Dia banyak tidur & baring aje.

Hari ke lima (Rabu)
Adik dah tak demam & batuk pun kurang banyak. Dr pun dah cakap esok kalau tak ada apa2 boleh balik. Alhamdulilah. Saya dah rasa sesak nafas dah dok dalam spital lama2. Ngan perangai anak2 - adik ngan merapnya, si kakak pulak ngan jelesnya...

Hari ke enam (Khamis)
Alhamdulilah, adik dah boleh keluar. Tapi kalau di ikutkan adik masih belum sihat sepenuhnya lagi tapi Dr macam faham aje keadaan saya yang tak larat dah nak berkampung kat spital tu. Saya tak cakap pun nak balik ke apa tapi Dr faham. Syaratnya adik kena buat nebulizer kat klinik biasa untuk 3 hari berturut2. Dan hari Khamis minggu depan kena jumpa Dr lagi. Selalunya lepas discharge sebulan baru kena jumpa tapi kes adik ni seminggu aje. Dr tak bagi adik pergi sekolah minggu depan. Dan paling penting no ice please, yang ni jenuh gak nak kena cakap ngan adik.

Masa nak balik tu adik demam. Masa ni risau pulak - ntah2 tak boleh keluar - mujur masa Dr datang tu adik dah ok. Cuma adik cakap dia sakit kepala. Pukul3 pagi dia bangun nangis2 cakap kepala dia sakit terhantuk kat besi katil. Risau sungguh saya masa tu - check kepala dia tak ada pulak bengkak ke berdarah ke - bagi air tak pulak dia muntah. Nasib baik... Dalam pukul 5pg baru dia tidur balik. Masa nak balik tu dia buat perangai lagi kata kepala dia sakit. Jenuh gak nak memujuk dia. Perangai dia kat spital tu merap habis - manja sangat2 - tu yang buat kakak naik jeles tu.

No comments: