Tuesday, August 3, 2010

Bye2 PUSRAWI

Hari terakhir di Pusrawi, Alhamdulilah, mak dah boleh discharge. Kami semua rasa bersyukur sangat bila doktor bagitahu mak dah boleh keluar hospital. Mak kena follow up ngan dua Doktor Pakar iaitu Pakar Jantung & Pakar Paru2. Bil Hospital Pusrawi lebih murah (murah @ mahal yang penting mak sihat) berbanding dengan Damai Specialist Hospital padahal Hospital Pusrawi lebih besar & kelengkapan semuanya ada. Bil Hospital dibayar dikongsi bersama2 anak2 & cucu2 mak. Alhamdulilah.Semoga kerjasama ini berterusan demi kasih sayang kita terhadap mak. Sedih bila mak cerita pasal tok nek (mak kepada mak) - mak kata mak tak sangka anak2 & cucu2 mak sanggup bersusah payah untuk mak, masa tok nek sakit dulu, mak kata mak tak mampu, mak pernah kata pada tok cik (jiran kat kampung) macamana la nanti bila mak dah tua, adakah anak2 & cucu2 mak akan jaga mak. Uda & Ibu kata mak jaga tok nek ngan baik walaupun masa tu hidup susah.

Buat mak, asal mak sihat & bahagia kami sanggup buat apa saja...












Masa ni tengah tunggu bil & ubat. Mak tak sabar2 nak keluar hospital, boring la 7 hari kena terkurung dalam wad. Kesian mak...

No comments: