Tuesday, August 3, 2010

birthday

Genaplah umur saya 35 tahun hari ini. Terima kasih pada semua yang mendoakan yang terbaik buat saya samada melalui sms, blog (terima kasih Ina, Uda & Bidadarindu) & facebook. Syukur pada Allah kerana dengan kuasaNya saya masih lagi di sini bersama keluarga & kawan2 yang tersayang. Alhamdulilah...

Sesungguhnya kita hanya merancang, Tuhan juga penentu segalanya. Hari yang dinanti2 telah pun tiba tetapi saya rasa kurang semangat nak meraikannya atas beberapa sebab :-

1) Risaukan mak
Saya memang susah hati bila teringatkan mak. Kalau duduk dekat2 tu mungkin rasa lain sikit. Selalu cal ibu tanya mak macamana, mak lalu makan tak? mak ceria tak hari ini? mak buat apa?...Mak sekarang ada di rumah Mak Su. Kalau tak ada apa2 hal, saya akan ke KL 2 minggu lagi untuk tengok mak.

2) Kena keracunan makanan semalam (makan kerang kat rumah maksu hari Ahad tu).
Saya tak tidur semalaman kerana sakit perut yang amat sangat, malah berpuluh kali keluar masuk toilet & muntah pulak. Nak pergi Klinik tengah2 malam tapi kesian nak kejutkan anak2 pasal esoknya nak kena pergi sekolah, dahla minggu lepas 3 hari ponteng sekolah. Dalam pukul 6 pagi tu baru kejutkan suami kerana tak tahan sangat sakit. Lepas Subuh tu suami kejutkan Awatif, siapkan dia lepas tu kejutkan adik, dalam pukul 7 keluar rumah. Lepas hantar Awatif sekolah terus pergi Klinik. Doktor suggest injection bagi sakit tu cepat hilang, saya setuju aje pasal sakit sangat2. Doktor suruh minum air banyak2, kalau tak saya akan kena warded pasal badan kurang air. Suami ngan rela hati ambil cuti semalam untuk jaga saya. Seharian saya tidur aje, tak bangun langsung dari tilam (kecuali nak ke toilet), nak air ke nak apa ke minta aje kat suami, nasi pun dia suapkan semalam he..he.. sekali sekala nak bermanja kejap (walaupun rajuk saya tak abis lagi ngan dia gara2 dia tak nak beli ais ketul masa kat rumah maksu).



3) Sakit injection
Lepas maghrib tu saya dah rasa sakit sikit2 kat tempat injection, tapi lama2 makin sakit sampai nak angkat kaki pun tak boleh, rasa sakit sangat. Semalam nak tidur pun susah, tidur terlentang pun sakit, ke kiri sakit, ke kanan pun sakit jugak. Payah jugak nak sesuaikan badan supaya tak sakit. Bangun pagi ni lega la sikit tetapi masih sakit. Berjalan pun sakit, kena jalan pelan2 macam dalam pantang tu. Saya paksa juga bangun hantarkan adik pergi sekolah. Sekarang pun masih rasa sakit.

Hadiah saya masih belum di beli kerana sepatutnya nak beli masa di KL tetapi bila mak sakit apa2 rancangan pun tak jadi. Tetapi saya tak kisah, mak lebih penting dari hadiah saya tu. Hadiah tu bila2 pun boleh beli, janji suami sediakan RM aje he..he..betul tak abang? (tengah merajuk ngan dia nie..)

p/s : tahniah pada Atiqah kerana selamat bersalin baby boy melalui csect tengahari tadi, nampaknya boleh la celebrate besday sama2 ngan Umi Su tahun depan.

No comments: